” Sekarang balik kerja takleh terus melulu peluk anak-anak.. ” – Hanis Zalikha
Kongsi Video Yusuf Iskandar Dan Alisa Aisyah Melompat Kegembiraan, Hanis Zalikha Luah Rasa Ralat Tidak Dapat Memeluk Anak-Anaknya. Eh Dah Kenapa Tu Hanis !!
Si comel Alisa Aisyah dan abangnya, Yusuf Iskandar tidak perlu diperkenalkan lagi. Dilahirkan sebagai anak selebriti, dua adik beradik ini turut terkena temp1as populariti kedua ibu bapa mereka iaitu pasangan bahagia, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.
Gelagat dan keletah Yusuf dan Alisa sering dikongsikan di akaun Instagram Hairul, Hanis dan juga milik mereka sendiri. Sehingga kini Yusuf memiliki sebanyak 2.8 juta pengikut, manakala Alisa pula memiliki sebanyak 1.1 juta pengikut di akaun laman sosial Instagram mereka.
Pastinya ada sahaja posting tentang dua beradik ini yang menghiburkan dan mencuit hati ramai. Melihat wajah mereka sahaja membuatkan ramai yang tertawan, inikan pula keletah comel mereka. Ditambah lagi sikap mereka yang sopan dan mendengar kata ibu bapa, buat ramai yang kagum dengan cara didikan yang diberikan.
Hasil tinjauan kami di akaun Instagram milik Hanis, telah dikongsikan satu video gelagat Yusuf dan Alisa ketika Hanis dan Hairul pulang ke rumah dari tempat kerja. Hanis meluahkan rasa ralat kerana tidak dapat terus memeluk anak-anaknya yang teruja melihat kepulangan mereka.
Jom tonton video di bawah :
Semua sedia maklum, kita kena ambil langkah berjaga-jaga kerana wab4k Cov1d-19 masih belum dapat dihap0skan sepenuhnya lagi. Netizen sangat bersetuju dengan tindakan Hanis dan Hairul yang mementingkan aspek keselamatan. Antara komen-komen netizen :
” Betul2 ralat sgt2 skg xdpt peluk or touch dorg. dr jauh da dgr dorg panggil.. yeahh mama blk.. tp xpe for safety masing2.. “
” Alololololooooo.. tringat masa zaman kerja dlu. My son nmpak je kereta smpai depan pintu rumah baby sitter, melompat2 dia nak balik. but semua tu t1nggal kenangan aje. Skrg hari2 dok ngadap dorg sbb dah lama berhenti kerja jaga anak2 sambil business kat rumah je. Alhamdulillah.. “
” Alololo hok kecik tu pun nak lompat jugok. Hahahah ger4mmmm. Halah si tada tu pun.. “
” Seronok betholll. Eeeeee duaa beradik ni kann. Kesiannya kena mandi dulu.. “
” Just for their keselamatan dan kesihatan. Selagi tak mandi sila tengok dari kejauhan sajaaaa.. “
” Alahai yg kecik tuuu hahaha cute dua2 ni. Eiii tada tu pon melompat.. “
” Betuuuul, Skrg mesti balik rumah cuci tgn cuci kaki or mandi dulu. My little one also balik dr childcare mesti kene cuci tgn cuci kaki dulu dgn sabun. Hygiene is everything now.. “
Apa-apa pun keselamatan itu lagi penting lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan anak-anak. Terima kasih Hanis sebab berkongsi perkara yang baik untuk dijadikan contoh kepada ibu bapa di luar sana. Semoga keluarga Hanis dan Hairul dilindungi Allah selalu. Aminn..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hanis Zalikha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..