” Sekali suap terus hilang dalam mulut, comel lah Rina.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Maryam You Narae, Rina Sedang Makan Tofu Buat Ramai Yang Terhibur. Amboi Berselera Sungguh Rina. Bagusnya Rina, Semua Dia Makan !!

Rina, anak kepada pasangan selebriti media sosial, Maryam You Narae dan Rizal Ibrahim ini turut mempunyai ramai peminat. Ada sahaja gelagat comelnya yang mencuit hati. Kini usia si kecil tersebut telah pun 1 tahun beberapa hari lalu.

Meninjau di akaun Instagram, telah berkongsi satu video yang memaparkan Rina sedang makan tofu. Kelihatan beberapa potongan tofu stim diletakkan dalam pinggan khas untuk Rina. Rina menikmati tofu dengan penuh berselera.

Kedengaran suara seorang wanita dalam video itu seolah terkesima setelah melihat suapan Rina. Kalau dilihat suapan Rina ke dalam mulutnya, Rina telah diajar sejak kecil lagi menyuap makanan sendiri ke mulut dan tidak disuap waktu makannya dan ini merupakan cara didikan orang Korea.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang kagum melihat Rina makan dan menyatakan yang Rina seorang budak yang cerdik dan tidak memilih sebarang makanan. Sehingga kini, video Rina sedang makan tofu itu telah mendapat ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya terhibur melihat gelagat Rina yang sangat berselera ketika makan. Antara komen-komen menarik adalah :

” Sekali suap terus hilang dalam mulut, comel lah Rina. Kejap dah besar, nanti mesti lagi comel dengar dia cakap.. “

” Bagus ler Rina makan tofu, kalau anak akak mahunya dia luah balik. Berselera betul Rina makan.. “

” Ger4mnya tengok awak makan Rina, dengan tangan yang m0ntel tu ambil seketul tofu, haahhaa kita pun jadi lapar.. “

” Rina the happy baby, tak ada lagi lah video Rina tak nak makan, semua makanan yang omma bagi semua makan, good girl lah.. “

” Lagi sedap bila tengok Rina makan, wlpn tofu stim je, hahaha. Suka tengok cara Maryam ajar Rina makan.. “

” Best tgk baby Rina makan, bagus Maryam ajar dia mcm2 jenis food dr kecik. Dia kenal rasa n nnti inshaallah dh besar tak memilih makanan.. “

” Beza anak sy dgn Rina 2 hari je. Tapi anak sy kalau bg mkn sendiri mcm ni, habis lah siap terbalik semua, yg masuk mulut sikit je.. “

Alahai comelnya cara Rina makan. Bagi yang mengikuti Maryam di akaun Instagramnya, pasti mengetahui yang Maryam suka berkongsi menu-menu makanan sihat buat Rina. Apa-apa pun semoga Rina terus membesar dan menjadi anak yang baik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG duriankimchijunior, maryamyunrrr

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..