” Sedap suara dia rupanya, so sweet.. ” – Netizen

Video Nyanyian Lagu Hindustan Oleh Halim Radzi Ketika Di Majlis Perkahwinannya Raih Perhatian Ramai. Wah Sedapnya Suara Halim, Hampir Sama Dengan Suara Penyanyi Sebenar !!

Umum mengetahui yang pasangan pelakon, Halim Radzi dan Sharifah Husna telah pun selamat bergelar suami dan isteri pada minggu lalu. Siapa sangka pasangan ini sering bergadingan dalam drama kini menjadi pasangan bahagia dalam dunia realiti.

Meninjau ke akaun Instagram CST Production, satu video nyanyian Halim ketika di majlis perkahwinannya telah dikongsikan. Perkongsian video ini telah menerima pujian daripada netizen kerana kemerduan suaranya.

Halim menyanyikan lagu hindustan khas buat isterinya, Sharifah Husna. Sambil menyanyi, Halim berpegangan tangan bersama Husna dan saling berpandangan. Wah, memang nampak sweet habis pasangan ini.

Ramai tidak menyangka yang Halim mempunyai suara yang sedap dan boleh menyanyi dengan baik. Ada yang menyatakan suara nyanyian Halim ini hampir sama dengan suara penyanyi asal. Jika anda mendengar suara sahaja, siapa sangka Halim yang menyanyi.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Halim. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Lagu favourite, Sedap betul suaranyaaa .. suara dia 90% same dgn penyanyi asal .. Bersemut telefon i ni… “

” Jalaludin hassan muda dh kawen.. tahniah brother… semoga kekal hgga ke jannah… aamiin2.. sweet couple.. “

” Sedapnya suara.. lagu the best. mesti hati bunga bunga.. Tahniah bang .semoga Allah S.W.T permudahkn urusan dan rezeki dalam rumahtangga kamu.. “

” Kawin betul dea ni…. ingtkn dalam drama yg kt tv al hijrah ke.. tv1 tu ha… wow.. perghhh lagu paberet sis .. “

” Sedap suara dia ghupanya.. so sweet.. cantik g1la wife dia.. happy wedding day.. Sweet and lovely couple .. “

” Fuhh ada vibe dilwale.. Cantiknya SH MasyaAllah Tabarakallah Minat betul kt SH nii.. Selamat pengantin baru moga bahagia hingga ke jannah.. “

” Sama ngn mia ahmad dan pasangan cst production dulu2.. pnah jd her0in dan hero gandingan halim juga.. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada Halim Radzi dan Sharifah Husna. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina kekal bahagia selamanya dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel.

Silakan SHARE..

Sumber : IG CST Production, Halim Radzi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..