” Sedap suara dia .. Mewarisi ayah dia.. “

Allisya, Anak Sharifah Shahirah Dan Jatt Ali Nyanyi Lagu Dance Monkey. Sedap G1lerr..!! Kalah Penyanyi Asal Beb..

Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Shiera atau nama penuhnya, Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar lebih dikenali sebagai Shiera. Dilahirkan  pada 14 Oktober 1974, beliau juga merupakan pelakon, pelawak, dan pengacara televisyen di Malaysia. Bakatnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Shiera mula mencipta nama sejak tahun 1993 hingga kini. Beliau bermula sebagai artis selepas menamatkan zaman persekolahan. Mengikut jejak langkah kakaknya, iaitu Sharifah Nor Azleenda atau Lynn yang dahulu popular di kaca TV. Penampilan pertama Shiera di layar perak menerusi filem Imigran, pada tahun 1993.

Shiera menjadi bidan terjun kakaknya, Lynn ketika diberi peluang untuk mengacarakan siaran langsung Anugerah Media Hiburan 2002 di Angkasapuri pada tahun 2003. Sejak dari itu, Shiera diberi peluang mengacarakan pelbagai majlis-majlis di Malaysia.

Shiera pernah mendirikan rumah tangga bersama Jatt Ali, vokalis kumpulan Black Dog Bone dari Singapura yang jauh lebih berusia daripadanya. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Allisya. Namun jodoh mereka tidak panjang dan telah berp1sah pada tahun 1999.

Menerusi instagram, Shiera telah bekongsi satu video dimana anak beliau Allisya, 21, telah menyanyikan lagu bertajuk Dance Monkey. Suara Allisya itu mendapat banyak pujian daripda netizen yang menonton video tersebut. Allisya yang menyanyikan lagu tersebut dengan keadaannya yang bersahaja. Vokalnya sangat sedap !

Ikuti perkongsian Shiera dibawah :

” Malam ni nyanyi lagu frozen baru.. @tallisya72.. “

View this post on Instagram

Malam ni nyanyi lagu frozen baru @tallisya72

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Rata-rata netizen memberikan komen yang baik dan memuji anak Shiera itu menyanyikan lagu tersebut dengan sangat baik. Antara komen-komen tersebut :

” Bole jadi artis ni ada sore sedap, rupa cntik.. “

” Wowwww sedap giler suara.. “

” Mane tumpahnye kuah kalau tak ke nasi.. “

” Sedp suara die.. Mewarisi ayah die.. Bile nak kluar single.. “

” Dia nyanyi lagi best dari penyanyi asal. “

” Dah macam nyanyi lagu sendiri pulak. Sedap telinga dengar.. “

Memang serius sedap ! Allisya memang mewarisi bakat ayahnya, Jatt Ali. Boleh jadi penyanyi ni. Beruntung Shiera dapat anak cantik, suara sedap lagi. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya kepada Allisya, semoga beliau berjaya dalam bidang yang ingin diceburi oleh beliau.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Shiera Ijoy, Allisya Tahir by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..