” Sedap pulak suara dia. Ternganga kita, merem4ng dengar suara dia.. “

Amyza Aznan Kongsikan Nyanyian Dance Monkey Oleh Anaknya Andrian Adam Buat Netizen Melop0ng. Powernya Suara !!

Siapa tidak kenal pelakon dan pelawak terkenal Amyza Aznan. Nama Amyza mula dikenali ramai apabila berlakon di dalam siri komedi Tiga Dara : Tan Tin Tun. Selain watak lucu, Amyza juga mampu membawakan watak dramatik apabila lakonannya di dalam drama bersiri Trilogi Cinta gandingan bersama Rosyam Nor berjaya meraih rating sehingga 1.2 juta tontonan.

Amyza sudahpun berkahwin dengan pemuda bernama Khairil Iszhar Md Nazir pada 2004 yang lalu. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan tiga orang cahayamata lelaki diberi nama Andre Mikhail, Andrian Adam dan Ayden Andika.

Seringkali berkongsikan cerita lakonan dan keluarganya di akaun sosial miliknya, mata netizen tertumpu kepada anak keduanya Andrian Adam. Anak kecil ini dilahirkan pada tahun 2008 dan kini sudah berusia 12 tahun. Dilihat dari perkongsian Amyza, anak terunanya itu amat meminati bidang nyanyian.

Menerusi akaun Instagram, Amyza Aznan telah memuatnaik satu rakaman video yang memaparkan anak lelakinya bernama Andrian menyanyikan lagu yang hangat masa kini, Dance Monkey. Nyata suara anak kecil ini sedap betul hinggakan netizen jadi tergamam mendengar suara powernya itu.

Jom tonton video di bawah :

” MONYET MENARI NAMA LAGU NI. Mak kau tau lagu itsy bitsy spider je nak .. Alaaa dance monkey ye.. Dia tak kasi kak kaaia upload full hahhahaa. “

” Dia cakap nak dengar pergi dekat ig dia hahahhaha . Baiklah ian MOnyet !!!! @adrianadam_kaaia #dancemonkeycover #dancemonkey.. ”

Rata-rata netizen kagum dengan vokal dan suara Andrian ini. Antara komen-komen netizen :

” Dia pergi kelas vocal ke… Pandainye lah.. Masukla reality program.. Menang punya.. “

” Wow! Beautiful Voice Son!.. “

” Boleh dibawa ketengah ketepi dan ke atas ni kak.. Merem4ng dengar suara dia.. “

” Bapak sedap suara , namploh kali ulang-ulang dengar … Memang berbakat sungguh ni … Abes la kak ko kene caras job pasnieee.. “

” Dia nyanyi duduk dah sedap suara.. Kalau berdiri, mesti lagi power.. “

” Boleh masuk reality program Bintang Kecil .. Suara power.. “

” Sedap suara dia.. Buka mulut siket ja.. Sora.. Wow.. “

” Sedap pulak suara dia.. Ternganga kita.. “

Meremang dengar suara lunak si Ian ni. Vokal pun dah mantap macam penyanyi tersohor sudah gayanya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Andrian boleh melangkah lebih jauh lagi dalam bidang nyanyian dan bakal menjadi penyanyi tersohor satu hari nanti.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG amyza aznan by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..