” Sebenarnya Ernie dengan Syamel, betul-betul serius time bila.. ” – Shuk Sahar

Ernie Zakri Ded4h Bila Mula Bercinta Dengan Syamel. Wahhh Ingatkan Masa AJL, Tapi Rupa-Rupanya.. Part Ucapan Untuk Syamel Tu, Malu-Malu Pulak Ernie. So Sweet !!

Berita pertunangan antara pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel buat semua peminat mereka gembira. Diam diam rupanya mereka merancang ke arah hubungan halal yang sememangnya sudah lama dinanti peminat. Baik Ernie mahupun Syamel tidak pernah mengakui mereka bercinta namun hubungan mereka memang akrab.

Teka teki peminat tentang hubungan Ernie dan Syamel terjawab semalam apabila mereka berkongsikan gambar di majlis pertunangan mereka. Alhamdulillah sudah selamat melangkah ke fasa alam pertunangan dan tinggal selangkah sahaja lagi untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Hubungan Ernie dan Syamel yang nampak serasi dan sekepala ini buat peminat menyenangi mereka. Mereka juga selalu membuat video Tik Tok bersama dan menceriakan hari-hari peminat mereka. Keserasian mereka di pentas nyanyian dan paduan suara mereka juga memuk4u ramai.

Meninjau akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib, Syuk dan Fizie menelefon Ernie untuk mengucapkan tahniah sempena pertunangannya dengan Syamel. Geng H0t Pagi ini berjaya memb0ngkar rahsia bila cinta Ernie dan Syamel mula bersemi. Wah pandai sangat simpan rahsia ni !

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen mereka :

” Mmg happy gilerrrrr. Rasanya twitter dah penuh nama diaorg dah.. “

” Aaaaaa sweetnya comelnya. Alhamdulillah till jannah.. “

” Alhamdulillah my fav couple. semoga till jannah , cptΒ² naik pelamin.. “

” Congrats to Ernie dan Syamel. Patut sedap betul nyanyi kat AJL.. “

Wah wah pengakuan ekslusif daripada Ernie ni. Tak sangka lama sudah hubungan cinta pasangan ini. Ramai yang sangka selepas duet mereka di AJL tapi meleset. Memang terbaik lah simpan rahsia rapi rapi sungguh. Apa pun, semoga pertunangan ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan untuk ke jinjang pelamin. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hot FM, IG Ernie Zakri, IG Syamel Official

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..