” Sayu hati nak tulis di sini. Cuma saya mengharapkan keajaiban.. “

Terima Panggilan Telefon Dari H0spital Sungai Buloh Ketika Berada Di Mekkah, Abby Abadi Mohon Doa Untuk Anaknya, Baby Danial. Allahu.. Sebaknya !!

Jika anda mengikuti akaun Instagram Abby Abadi dan juga suaminya Muhammad Faizal, pasti anda mengetahui perkembangan bayi yang baru dilahirkan oleh Abby baru-baru ini yang dinamakan Muhammad Danial Firman Faizal. Untuk pengetahuan, Baby Danial dilahirkan secara pramat4ng dengan seberat 535 gram sahaja.

Sehingga kini Baby Danial telah ditempatkan di N1CU, Hospital Sungai Buloh dan sebelum ini dokt0r telah memaklumkan ada pendar4han pada paru-paru Baby Danial. Pasangan ini mengharapkan satu keajaiban berlaku daripada Allah dan mohon doa daripada semua.

Pada ketika ini Abby, suaminya dan juga pasangan suami isteri Norman Hakim dan Memey Suhaiza serta anak-anak mereka beradi di Tanah Suci sedang mengerjakan ibadah Umrah. Namun Abby terpaksa meningg4lkan dua orang anak angkatnya Daiyan dan Dayana atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Menerusi akaun Instagram, Abby berkongsi berita sedih mendapat panggilan telefon daripada pihak H0spital Sungai Buloh mengenai keadaan terkini anak mereka, Baby Danial. Menurut Abby, berat untuk dia menceritakan berita yang diterima oleh suaminya itu, tetapi pasangan ini mengharapakan doa semua untuk anak mereka.

Baca perkongsian Abby di bawah :

” Doakan ‘Aafiyah’ buat Baby D, Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal.. “

 ‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة

” Allahumma inni as aluka al-‘afiyah (Ya Allah, aku memohon kepada MU ‘afiyah).. “

” Suami dapat panggilan dari H0spital Sungai Buloh menceritakan tentang keadaan terkini Baby Muhammad Danial Firman kami. Sayu hati nak tulis disini.. cuma Sy mengharapkan keajaiban dari ALLAH utk kesembuhan anak ini.. “

” Semoga ALLAH hadiahkan Aafiyah buatmu anak… Aminnnn. Ps ; Mohon Aminkan juga ye Sahabat2 disini.. ”

Rata-rata peminat mendoakan kesembuhan buat Baby Danial. Antara komen-komen peminat :

” Aamin .. semoga Baby Danial dipermudahkan segala urusan.. “

” Amin baby D sihat sejahtera di dalam H0spital. Mama abah jangan risau teruz berdoa di sana yer.. “

” Aamiin…. Semoga ada keajaipan berlaku utk baby D… “

” Aamiinn…. tabah dan bersabarlah… Allah maha mengetahui.. “

” Amin.. Semoga dipermudahkn urusan baby D n keluarga.. “

” Smoga Allah memberikan kesembuhan buat baby danial firman.. “‘

” Aamiin. Semoga baby Muhammad Danial Firman Faizal sihat sejahtera, kuat semangat.. “

Sama-sama kita doakan semoga semuanya baik-baik sahaja dan semua urusan Umrah Abby dan suaminya dipermudahkan oleh Allah. Semoga mendapat Umrah yang mabrur. Semoga Baby Danial cepat sihat dan membesar seperti anak-anak yang lain. Tiada yang mustahil dengan izin daripada Allah. Amin Ya Rabbal Alamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abby Abadi by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..