” Saya tidak percaya anda buatkan untuk saya semua ini.. ” – Fasha Sandha
Fasha Sandha Menerima Kej0tan Majlis Baby Shower Yang Meriah Daripada Keluarga Dan Teman Rapat. Wahhh Cantiknya Fasha, Dah Tak Lama Rayfal Dan Jemyma Nak Dapat Adik !!
Umum mengetahui kebahagiaan keluarga kecil Fasha Sandha bersama aktor Aidil Aziz. Walaupun ianya perkahwinan kali kedua buat Fasha, namun ini adalah keputusan yang tepat dengan memilih Aidil Aziz sebagai pasangan hidupnya yang baru.
Sikap Aidil yang penyayang terhadap dua orang anak-anaknya adalah bukan sekadar lakonan semata-mata. Ianya turut diakui oleh kenalan terdekat Fasha yang ramai memuji sikap tanggungjawab dan layanan Aidil terhadap Jemaima dan Rayfal sangat baik.
Menerusi laman Instagram, Fasha Sandha telah berkongsikan beberapa keping gambar sekitar Majlis Baby Shower. Pada majlis ini juga Fasha Sandha telah memberitahu jantina bayinya dengan cara memecahkan belon. Setelah belon dipecahkan, terjawablah sudah jantina bayi bagi pasangan ini. Iaitu baby girl !!
Apa yang menarik lagi, menurut Fasha, majlis Baby Shower tersebut disediakan oleh keluarga dan kenalan rapatnya. Ini adalah majlis kejutan khas untuk dirinyanya. Fasha sangat menghargai dan mengucapkan terima kasih atas kej0tan ini. Majlis sangat meriah dengan dihiasi belon dan bunga-bunga berwana merah jambu.
Jom lihat gambar-gambar sekitar Majlis Baby Shower Fasha Sandha di bawah ini :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar yang seterusnya.. )
Perkongsian daripada Fasha Sandha ini dihujani dengan titipan doa buatnya supaya dipermudahkan untuk melahirkan. Ini antara komen-komen mereka :
” Kak Fasha so glowing, Can’t wait to see your baby.. “
” Ya Allah counting days kan kak sha ? Kite doakan proses bersalin dipermudahkan dan baby and ibu sihat belaka aminnn.. “
” Mama h0t !!! please jangan beranak lg. Tak puas nak tengok, Berseri-seri fasha.. “
” Tahniahh, kak fashaa tak sabar tunggu baby comel, Aaaa cantik sgt kak fasha.. “
” Semoga kak fasha sandha & baby sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan bersalin nanti ya. Amiinn.. “
Alhamdulillah, seronoknya melihat Fasha Sandha dikelilingi dengan insan-insan yang menyayanginya. Fasha Sandha layak semua itu kerana beliau adalah seorang ibu yang penuh kasih sayang. kami di Berita Kopak mendoakan Fasha Sandha dipermudahkan proses untuk melahirkan. InshaAllah..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..