” Saya tegas sebab saya sangat sayang mereka.. “
Rita Rudaini Kongsi Cerita Di Tanah Suci Tapi Ada Jugak Yang Mengkrit1k Tindakannya. Bila Diselidik Itu Puncanya. Bertabahlah Rita !!
Bergelar ibu tunggal bukanlah suatu perkara yang mudah buat pelakon drama terkenal, Rita Rudaini. Pelakon yang berasal dari Kangar Perlis ini seringkali dihimpit berbagai dugaan dalam membesarkan anak-anaknya. Menyingkap sejarah hidupnya, Rita Rudaini pernah berkahwin dengan pengulas sukan, Akbar Shaari pada tahun 1999 namun mereka berp1sah pada 2001.
Perkahwinan keduanya bersama bintang bola sepak negara, Aidil Zafuan menjadi kontroversi kerana bernikah secara rahsia di Songkla pada Februari 2008. Hanya mampu bertahan selama 5 tahun, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki yang diberi nama Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Sehingga kini, Rita dilihat lebih selesa berstatus solo dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak. Dalam usaha untuk menjadi ibu yang terbaik buat mereka, Rita dilihat sedikit tegas dalam mendidik anak-anaknya itu. Terkini Rita sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci bersama anak-anaknya itu.
Menerusi akaun Instagram, Rita berkongsi kisah umrah bersama kedua anaknya Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Beliau turut menceritakan caranya mendidik anak-anaknya walaupun ramai yang kurang setuju dengan tindakannya itu.
Jom baca perkongsian Rita Rudaini di bawah :
” Selalu kami jarang balik ke bilik… Tunggu waktu ke waktu.. Solat sunat dan mengaji… Adakala anak-anak penat… Mommy faham.. Sebab kudrat mommy pon tak kuat apatah lagi budak-budak sekecil mereka… “
” Tido memang tak cukup laa tapi mommy pesan, walaupon kecik belum baligh tapi kena buat betul-betul.. Bukan tunggu baligh baru nak mula betul-betul… “
” Alhamdulillah depa memang ingat dan ikut pesan mommy… Walaupon ada yang dengar bunyi macam ‘tegas sangat, budak kecik lagi’ tapi itu pandangan orang… Pandangan saya tak sama.. Saya tau apa yang saya ajar anak-anak saya… Semua untuk mereka bawak sampai bila-bila… “
” Saya tegas sebab saya sangat sayang mereka… Kerana mereka pulak yang akan jaga saya nanti… Saya nak anak-anak yang jaga saya, anak yang mulia budi pekerti dan tau tanggungjawab sebagai seorang anak dan manusia, anak yang berjaya di dunia dan untuk akhirat…. “
” Terima kasih saya yang tak terhingga untuk sahabat saya yang menjaga mereka time solat dan time nak ke toilet.. Terima kasih @adikzwan dan uncle Rizal… Jaga dan urus mereka ke toilet macam anak sendiri… “
” @adikzwan sanggup dukung arjuna ke toilet sebab kasut kat mommy.. Sanggup melayan perangai diorang yang asyik kena ke toilet ambik wuduk sebab asyik terkentut … Diorang memang kuat kent0t…. ”
Rata-rata peminat terharu membaca perkongsian tersebut. Antara komen-komen peminat :
” Alhamdulillah… Semoga Allah sentiasa melindungi Kak rita dan anak anak.. “
” Inshaa Allah.. Anak-anak berjaya dunia dan akhirat.. Aamiin ya rabb.. “
” Part kuat kentut tak tahan nau la.. “
” Semoga jadi anak soleh dan boleh jaga mummy sebaiknya. Amin.. “
” Diorang mmg kuat kentut” comel ayat ni.. “
” MasyaAllah… Semoga menjadi anak anak yang soleh dan tinggi budi pekerti…. Serta hormat pada mommy mereka.. “
” Eee suka nyaa tengok! Semoga kak rita & anak-anak sentiasa didalam pelukkan Allah s.wt.. “
Bangga rasanya melihat kekuatan dan kehebatan Rita Rudaini membesarkan kedua anaknya itu. Walaupun dikrit1k, walaupun dihemburkan dengan pelbagai fitn4h, namun Rita tetap kuat untuk melihat anak-anaknya jadi insan yang berguna. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga keluarga kecil ini akan sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..