” Hari ini first time saya nak gi Universiti, saya tak dibenarkan naik kereta mewah.. “

Dato’ Aliff Syukri Kongsi Video Hari Pertama Menjadi Pelajar UITM. Ad0iii… Siap Mengamok Dekat PA Bangsawan Lagi !!

Usahawan terkenal bergelar jutawan, Dato’ Aliff Syukri bukan orang biasa-biasa. Disebalik kejayaannya bergelar jutawan, terselit begitu banyak ranjau dan duri yang terpaksa ditempuhinya sebelum mengecapi kekayaan seperti sekarang. Berapa banyak airmata yang telah gug0r untuk sebuah kejayaan.

Lahir didalam keluarga yang serba kekurangan membuatkan Dato’ Aliff bertekad untuk mengubah nasib hidupnya. Hanya mampu belajar sehingga tamat tingkatan 5 sahaja dan memiliki Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ), Dato’ Aliff berusaha keras tanpa kenal erti penat dan put0s asa.

Kini setelah berjaya dan mewah dengan kekayaan, Dato’ Aliff mencabar dirinya untuk menyambung pengajian yang dahulu tidak dapat diteruskan. Memohon untuk menjadi pelajar di UiTM di dalam bidang perniagaan, Dato’ Aliff dilihat teruja untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff memuatnaik satu video dimana menunjukkan perjalanan beliau ke Universiti Teknologi MARA ( UiTM )  untuk menjalani ujian kemasukan. Banyak ins1den lawak sebelum dan selepas Dato’ Aliff menjalani ujian itu. Dah namapun student Dato, kena la ikut peraturan universiti.

Dalam video yang dikongsikan, Dato’ Aliff mengam0k dan memar4hi pembantu peribadinya (PA) yang digelar PA Bangsawan gara-gara kalkulator. Alahai Dato’ Aliff !!

Jom tonton video di bawah :

” Abang sambung belajar degreee bisnes.. “

” Terpaksa naik kete axia sebab keta abang eks1den.. Doakan abang berjaya.. Alhamdulillah selesai sudah exam abang di uitm . Abang tak sangka abang boleh sambung belajar sampai ke tahap ini .. “

” Abang sedar abang tak bijak abang tak pandai tapi abang mampu belajar sampai ke tahap ini . Doakan abang berjaya menghabiskan apa yang abang inginkan.. “

” Nak tahu apa jadi ? Tgk video penuh dia youtube Tv Terlajak Laris abag posting jam 5 ptg ni.. gi tngok @ghazi_ml @jumaahelail @ajimkecikkk.. “

Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan Dato’ Aliff meninggalkan komentar. Antara komen-komen netizen :

” Dato seorang yang amat merendah diri, teruskan Dato.. “

” Semoga terus sukses dato.. “

” Dato sila beli keta Axia sebijik untuk pergi kuliah nanti ye.. “

” Ngok ngek la dato ni.. Aduiiiii… Kalau aku jadi PA dia Hari-hari gelak guling-guling dengan lawak dia yang sengal tu.. “

” Gi beli calculator kenape…HAHAHAHAAHAH.. “

” Assalam.. Walaupon dato da berjaya dato tetap merendah diri saya doakan dato sentiasa sihat dan succes.. amin.. “

” Tersepit dieorg dekat belakang keta myvi tu dato.. “

Semangat Dato’ Aliff Syukri untuk mendapatkan segulung ijazah seharusnya mendapat pujian. Walaupun sudah kaya dan berjaya, namun masih ada minat dan impian untuk menambah ilmu di dada. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dato’ Aliff berjaya mengharungi semua cabaran untuk menghabiskan pengajian sehingga akhir semesta. Aamin..

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato Aliff Syukri by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..