” Saya tak pernah langsung lafaz I LOVE YOU sebelum ni.. “
Fitri Haris Ungkap Kata Cinta Buat Isteri Tercinta Namun Reaksi Mukanya Buat Peminat Terhibur. So Sweet !!
Bekas penyanyi nasyid berkumpulan ini, Fitri Haris mula dikenali melalui kumpulan UNIC. Kekacakan wajahnya sering menjadi kegilaan gadis-gadis yang mengimpikannya menjadi teman hidup mereka. Fitri sememangnya mempunyai aura tersendiri yang boleh membuatkan hati gadis cair melihat.
Pernah muncul juara di dalam program realiti Gema Gegatr Vaganza musim kedua, Fitri pernah menemui kegag4lan dalam rumahtangga. Dan akhirnya setelah 8 tahun memegang status duda, Fitri akhirnya memilih Fazilah Omar untuk menjadi suri hidupnya.
Keakraban mereka yang hanya pada mulanya hanya antara artis dan pengurus sama sekali tidak dijangka akan membuahkan rasa sayang dan cinta. Memilih untuk merahsiakan siapa bakal isterinya kepada umum, akhirnya tanggal 21 December menjadi saksi cinta mereka apabila disatukan sebagai suami isteri.
Menerusi akaun Instagram, Fitri Haris memuatnaik satu rakaman video semasa berlangsungnya majlis pernikahannya dimana beliau diminta mendedikasi ucapan buat isteri tercinta. Yang menarik perhatian muka merah malunya apabila mengungkapkan ucapan I love you. Sweet je Fitri ni.
Jom tengok video dibawah :
” Sejujurnya biaqlah orang nak kata apa pun .. Nak pegang tangan pun terkial-kial.. Nak kena lafaz yang tersimpan pulak .. Saya tak pernah langsung lafaz I LOVE YOU sebelum ni.. Aturan Allah yang hebat.. “
” Bila pertama kali sebut ya ampun tersembur… Segan.. Terharu.. Awkward.. Happy.. Semua dalam satu.. Moga Allah pelihara keluarga kita dan anak-anak kita rayyan dan sofea .. Amin ya robb .. #fitriXfazilah.. “
Rata-rata netizen terhibur dengan aksi Fitri ini. Antara komen-komen netizen :
” Barakallah angah @fitriharisofficial …Semoga mahligai yang dibina ini berkekalan hingga ke Jannah.. “
” Alhamdulillah,tahniah ye angah, semoga bahagia hingga ke jannah.. “
” Halah-halah.. Comel je angah sebut ” I Love You”.. “
” Alhamdulillah.. Barakallah semoga kebahagiaan mahligai yang di bina berkekalan hingga ke jannah Aamiin.. “
” Tahniah angah dan semoga kekal hingga hujung nyawa.. “
” Akhirnya jadi kenyataan hashtag #Elfitri kami beberapa tahun lepas.. Congratulations dr. angah.. “
” 8 tahun solo.. Pastu tetiba kawen balik haaaaa memang lah malu-malu.. Tahniah akhi dan kak el.. “
Romantik juga Fitri ni dengan pasangannya. Terserlah muka malu tersipu-sipu pengantin baru ini. Iyelah kena luah di depan khalayak ramai, pastinya rasa gemur0h tu boleh melet0p di dada. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru buat Fitri Haris dan semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke jannah. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fitri Haris, ABPBH by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..