” Stop i already sing, i want milk ! Anaqi alaa comelll.. “

Aqeef Anaqi Kena Bul1 Dengan Amar Baharin Nyanyi Lagu Untuk Susu. Part Last Tu Memang Win. Terbaik Anaqi !!

Anak kepada pasangan popular dan romantis Amar Baharin dan Amyra Rosli, Aqeef Anaqi sememangnya dikenali ramai. Kelibatnya seringkali mencur1 perhatian ramai kerana wajahnya yang comel dan manja. Pasangan ini mula menjalin hubungan erat ketika sama-sama membintangi drama Suamiku Encik Sotong.

Bermula dari hanya kawan akhirnya mereka memilih untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah pada 11 November 2016. Memperoleh seorang anak lelaki diberi nama Aqeef Anaqi yang dilahirkan pada 15 Oktober 2017. Umum mengetahui Amyra sedang hamil anaknya yang kedua dan dijangkakan bersalin pada Februari 2020.

Semakin hari, Anaqi dilihat semakin pandai dan bijak apatah lagi bakal bergelar Abang. Seringkali keletah dan gelagat Anaqi di muatnaik di laman sosial membuatkan peminat semakin ger4m melihat semua aksi-aksinya itu. Sudah mahu bergelar abang pun masih mahu digelar baby, manjanya di cilik ini.

Menerusi akaun Instagram Amyramarjr2020, telah dimuatnaik satu video Anaqi sedang menyanyikan sebuah lagu khas untuk adiknya yang di dalam kandungan ibunya Amyra Rosli. Dek kerana mahukan susu, Anaqi dilihat menurut sahaja arahan ayahnya Amar Bahrin dan menyanyi bersama-sama ibunya sambil mengusap perut ibunya itu.

Jom tonton video di bawah :

” Daddy cakap kalau “Abang” nak milk, kena nyanyi satu lagu for “Adik”.. “

Rata-rata peminat terhibur mendengar nyanyian Anaqi itu. Antara komen-komen peminat :

” Comelnya anaqi ni , mesti adik sama comel dengan anaqi.. “

” Sweetnya abang anaqi.. “

” Stop I already sing .. How cute you are.. “

” So cute Anaqi.. “

” Sweetnya abang anaqi.. Next year anaqi dah jadi abang.. “

” “Stop i already sing, i want milk! ” – Anaqi alaa comelll.. “

” Comeynya je dia cakap stop i already sing.. “

” Stop! I already sing” Why so cute Anaqii.. “

Dah bijak pandai Anaqi sekarang. Comel dan bijak seperti ayah dan ibunya. Tidak mustahil Anaqi akan jadi the best abang untuk bakal adiknya nanti. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Anaqi sentiasa di bawah lindunganNya dan menjadi anak dan abang yang soleh.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG  amyramarjr2020 by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..