” Saya tak buat ibu lagi. Betul.. Janji.. Minta maaf ibu, saya dah buat salah segala-galanya.. “
Video Azal Menangis Minta Maaf Dan Berjanji Dengan Ibunya, Zarina Zainuddin Buat Ramai Yang Tersentuh !!
Menyebut nama Zarina Zainuddin, pastinya semua peminat drama tanahair mengenalinya. Terkenal dengan watak antog0nis, lakonan Zarina sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Anak kelahiran Seremban Negeri Sembilan ini dilahirkan pada tanggal 24 Disember 1970 namun dibesarkan di Parit Perak. Zarina mempunyai adik tiri bernama Lyana Sulaiman yang mana juga pelakon di era 90-an.
Keterujaannya membaca majalah hiburan dan majalah remaja menjadi titik tolak kepada penglibatannya di dalam dunia seni. Zarina mencuba nasib di dalam pertandingan pencarian wajah yang dianjurkan oleh sebuah majalah popular dan nasib menyebelahinya apabila dipilih sebagai tempat ketiga. Manakala di dalam bidang lakonan, bakatnya diasah dan mendapat tunjuk ajar dari Datuk Sarimah Ahmad.
Zarina telahpun berkahwin dengan Dato’ Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada tahun 1993. Menerusi perkahwinan ini, mereka dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).
Menerusi akuan Instagram, Zarina Zainuddin memuatnaik video dimana anak istimewanya Azal sedang men4ngis dan meminta maaf. Netizen sudah sedia maklum bahawa Zarina mempunyai 2 orang anak kembar yang menghidapi masalah Aut1sme. Zarina seringkali menjadi tempat amuk4n anak-anaknya namun beliau tetap tabah dalam membesarkan mereka.
Jom tengok video yang dimuatnaik di bawah :
” Ibu sayang azal tahu.. Azal anak ibu yang paling jujur paling baik.. ”
Rata-rata netizen memuji ketabahan dan kelembutan Zarina dalam menangani anak isimewanya itu. Antara komen-komen netizen :
” Ibu yang penuh kesabaran.. Semoga terus dilimpahi Rahmat Allah.. “
” Moga Azal jadi anak kebanggaan ibu.. Moga ina terus tabah yea. Salam sayang dari kak chim.. “
” Azal anak yang baik.. Inshaallah.. “
” Allahuakbar…. Kita orang pun sayang Azal…. Semoga menjadi anak yang soleh dan jaga ibu baik-baik.. “
” Semoga Azal jadi anak yang solleh anak yang baik anak yang bakal membawa ibu ke syurga.. Amin… “
” Siann… But lubok pahala memang sedia menanti buat kak zarina…. Allah yang pilih akak… Jaga lah Azal dan Azil sebaiknya sebab dorang takde upaya nak buat seperti kita yang normal.. “
” Ya Allah, Ya Allah ya Rabb… Kuatkanlah hati ZZ… Atas dugaan MU ini. Semoga ZZ sentiasa tabah. Aamiin.. “
” Abang Azal akan ada keajaiban untuk kamu Nak dari Allah SWT.. “
Kekuatan ment4l dan emos1 Zarina Zainuddin sememangnya menjadi contoh untuk pasangan ibu bapa lain yang turut memiliki anak aut1sme. Walaupun seringkali disak1ti, Zarina terus berharap moga anak-anaknya mampu untuk berdikari sekiranya dia dijemput Ilahi.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Zarina sentiasa diberi kesihatan dan umur yang panjang untuk menjaga amanah dari Allah ini.. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zarina Zainuddin by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..