” Saya tak berapa senang dengan Bonda kerana suruh taruk nama yang abang tak suka.. “
Kapsyen Dato’ Aliff Syukri Cur1 Perhatian Ramai. Dah Kenapa Lah Pulak Tu Dato’ !!
Nama Dato’ Aliff Syukri sememangnya sudah cukup terkenal di Malaysia. Usahawan berjaya bertaraf jutawan ini merupakan pengasas syarikat kosmetik terbesar D’Herbs Holding. Beliau juga merupakan anak kepada pengasas Sendayu Tinggi iaitu Bonda Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita.
Umum mengetahui bahawa isterinya Datin Shahida sememangnya benar-benar rapat dan akrab dengan bondanya ini. Sehinggakan bonda dan Datin Shahida sama-sama mengerjakan fardhu Haji pada musim yang lalu. Tanggal 19 Disember, seluruh isi keluarga Dato’ Aliff menerima perkhabaran gembira dengan kelahiran anaknya yang kelima.
Terdahulu melalui posting Bonda di akaun Instagram miliknya, Bonda mengumumkan nama cucu barunya itu sebagai Raudhah Arshiyah. Begitu juga dengan Datin Shahida yang turut sama mengemaskini akaun Instagramnya. Nama tersebut merupakan nama pilihan dan perbincangan antara Bonda dan Datin Shahida.
Menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff Syukri memuat naik satu kapsyen yang meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan nama pilihan isteri dan bondanya. Yang lucunya disuruh bondanya sendiri bersalin anak sendiri. Lucu la Dato’ Aliff ni.
Jom baca luahan Dato’ Aliff dibawah:
” Nama anak sya tasya.. Atau bella… Saya tak berapa senang dengan bonda kerana dia menyuruh abang Taruk nama yang abang tidak suka.. Abang lebih suka nama yang modern dan Commercial.. Nama Raudhah Arshiyah tu macam kurang kena sebab sekarang kan zaman moden mana ada orang guna nama-nama macam tu lagi… Apa patut abang buat abang pen1ng kepala dah ni.. Kalau dia nak taruk nama anak … Mak lah beranak lagi… “
Rata-rata netizen geli hati dengan kapsyen Dato’ Aliff ini. Antara komen-komen netizen :
” Letakla nama Bella kelas gituu..”
” Moden tak moden… Nama tu ada maksud yang indah dalam Islam..”
” Nama raudhah tu lagi sedap Dato’..”
” Indah namanya.. Syurga Allah..”
” Nak masuk syurga kena dengar cakap mak..”
” Hahahah… Ok je tu Dato’. Arabic modern tu.. “
Lawak sungguhla Dato’ Aliff ni. Masakan disuruh bonda sendiri beranak lagi. Boleh tergolek-golek ketawa membaca luahan Dato’ Aliff ni. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dato’ dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kebahagiaan bersama.
Silakan SHARE..
Sumber : IGĀ Dato Aliff Syukri by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..