” Saya pun tep0k dahi sekali, padan muka Aboy, kikiki.. ” – Netizen

Video Harris Annuar ‘Kena Sound’ Sebab Cakap Kas4r Dengan Mommynya. Alih-Alih Harris Yang Terkena Lagi Dengan Kak Ton. Kesian Aboy, Tapi Terbaik Lah Kak Ton !!

Harris Annuar atau lebih dikenali sebagai Aboy merupakan anak kepada pengasas kecantikan terkenal Zaiton Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ton. Aboy merupakan seorang model dan pernah menyertai pertandingan Hero Remaja. Selain daripada itu, Aboy juga berbakat dalam bidang lakonan.

Umum mengetahui bahawa Aboy merupakan adik kepada pengacara terkenal Nadia Annuar. Tidak hairanlah Aboy juga mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan kerana mengikut jejak kakaknya. Aboy juga memiliki hobi menunggang basikal.

Selain daripada itu, Aboy juga sering memuat naik video-videonya di laman sosial. Antara video yang sering dimuat naik adalah videonya bersama Mommy tercinta. Ada sahaja aks1 kelakar antara dua beranak ini. Mereka saling mengenakan satu sama lain.

Terkini Aboy memuat naik videonya pula dikenakan oleh mommynya. Wajah bersahaja Kak Ton membuatkan peminat tak kering gusi ketawa melihat gelagat dua beranak ini. Aboy yang sedang leka bermain permainan video sengaja dipanggil oleh mommynya.

Mari kita lihat video di bawah ini :

Video yang dikongsikan ini mendapat pelbagai komen daripada netizen. Antaranya ialah :

” Ser1us aku cakap disebabkan game kita jadi kur4ng aj4r dgn orang tua kita. tapi part last adoii ejaa bola.. “

” Selalu macamni kena panggil smpai sanggup kalah games semata mata nak tanya betul tak eja.. “

” Padan muka aboy kene mar0h.. “

” Mummy gak suh eja bola jah. Yg last tu juruhhhhh.. “

” X pe Aboy, banyak pahala tau tlg ibu, walaupun benda mudah. Nanti Allah balas.. “

” Saya pun tep0k dahi sekali, padan muka Aboy kikiki.. “

” B. O. L. A = Besar ganjaran dia dari ngadap game.. “

Aduhaii memang kelakarlah dua beranak ni. Kalau tengok video-video yang dikongsikan oleh Aboy ni mesti tak kering gusi ketawa. Ada-ada sahaja idea masing-masing nak kenakan sesama dua beranak ni. Semoga Aboy dan mommy sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa menghiburkan kami.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Harris Annuar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..