” Saya nak jumpa Aafiyah, ibu.. “
Zarina Zainuddin Mengusik Anak Istimewa, Azal Suka Pada Dato’ Siti Nurhaliza Sampai Tersipu Malu. Namun Nyanyian Azal Buat Tokti Buat Netizen Terharu. Tulus Betul Azal Ni !!!
Nama pelakon Zarina Zainuddin bukanlah satu nama asing. Kelibatnya sudah lama berada di dalam industri hiburan. Tidak hanya sebagai pelakon, Zarina juga kini adalah seorang peniaga berjaya yang terkenal dengan masakan pulut dan rendang istimewanya.
Zarina merupakan isteri kedua kepada Dato Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar. Perkahwinannya ini memberikan Zarina empat orang cahayamata dan dua daripadanya adalah anak istimewa yang mengh1dap aut1sme iaitu Azal dan Azil.
Azal dilihat anak yang banyak berdikari dan cerdas. Sering membantu ibunya meniaga membuatkan Azal lebih terbuka dengan orang-orang disekelilingnya. Walaupun ada kekurangan, namun Azal seorang anak yang bijak dalam menguruskan kehidupannya hasil didikan Zarina yang penuh dengan sikap sabar.
Menerusi akaun Instagram, Zarina Zainuddin telah berkongsikan satu video di mana beliau bersama anak syurganya Azal sedang melihat sebuah majalah Intrend yang terpampang wajah penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza. Melucukan apabila Zarina mengusik anaknya dengan mengatakan Azal suka pada Tokti namun wajah Azal yang malu-malu mencuit hati. Peminat Tokti rupanya. Comel sangat !
Jom tonton video di bawah :
” Happy Birthday Dato Sri @ctdk.. Azal suka collection Majalah gambar Dato Sri Siti Norhaliza. Big fan dato ctdk.. “
Rata-rata netizen terhibur melihat telatah Azal itu. Antara komen-komen netizen :
” Wahh .. Azal pun peminat tok ti.. “
” Malu azal diusik ibunya…. Seronoknya!!!..Dia panggil ibu dengan rasà kasihhhhh.. “
” Amboi nak jumpa aafiyah.. “
” So sweet la Azal.. “
” Ala siannya azal @ctdk @rozisangdewi @cteafairuz.. “
” Seronok tengok azal happy.. “
Suka tengok kerenah Azal yang cerdik ini. Walaupun Azal tidak sesempurna orang lain namun ketulusan dan keikhlasan hatinya dapat dilihat dari pertuturan dan pandangan matanya itu. Moga impian Azal nak berjumpa Aafiyah akan menjadi kenyataan.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Azal akan sentiasa menjadi penghibur hati ibunya dan moga Azal sentiasa dilindungi Allah dari segala kemudaratan. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zarina Zainuddin by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..