” Saya akur untuk tidak merakam detik sedang mener4n. Sebab aura awak lain macam.. Masya Allah.. “
Kapsyen Dato’ Aliff Syukri Berjanji Tidak Merakam Aksi Datin Shahida Bersalin Undang Tawa Netizen. Betul-Betul Janji Ke Tu Dato’ ?Ā
Nama Dato’ Aliff Syukri bukan suatu nama asing lagi. Tagline Abang Terlajak Lris sememangnya dikenali tidak hanya golongan dewasa malah kanak-kanak juga. Anak muda kelahiran Felda Kechau Kuala Lipis, Pahang ini dilahirkan pada tanggal 3 April 1987. Beliau merupakan anak ketiga dari 12 adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar Selangor dan pernah menempatkan diri di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.
Melihat hasil kekayaan dan kejayaan nya sekarang, pasti semua tidak akan percaya bahawa Dato’ Aliff cuma memiliki Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Hasil usaha ker4s dan tidak mudah put0s asa membuatkan beliau menerpa kejayaan besar. Walaupun beliau adalah anak kepada pengasas produk kosmetik terkenal Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim namun ini bukanlah batu loncatan untuk berjaya dengan mudah.
Dato’ Aliff mendirikan rumahtangga dengan Datin Nur Shahida Mohd Rashid yang mana merupakan rakan sekerjanya. Walaupun usia mereka berbeza dimana Dato’ Alif lebih muda 2 tahun, keputusan untuk berkahwin diawal usia 20 tahun nyata bukan satu kesilapan.
Pasangan ini dikurniakan sehingga kini empat orang cahayamata yang comel iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi. Mereka turut menjaga seorang anak angkat yang bernama Ameena dan kini pasangan ini menghitung hari menanti kehadiran cahayamata yang kelima.
Menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff memuatnaik satu kapsyen yang agak mencuit hati. Pernah mencetus kontr0versi sebelum ini apabila beliau merakam detik ketika Datin Shahida berusaha mener4n ketika melahirkan Yusoff. Ini mengundang banyak reaksi netizen dan kapsyen nya kali ini sememangnya mengundang tawa.
Baca coretan Dato’ Aliff Syukri di bawah :
” Walaupun dah 18 kali awak menyuruh saya untuk tidak merakam detik bersalin dalam lab0ur room.. Tapi kali ke 19 ni saya akur untuk tidak merakam detik sedang mener4n.. Sebab aura awak lain macam.. Masya Allah.. “
Nampaknya Dato’ Aliff juga terkena tempias yang tular sekarang troll 18/19. Kedengaran agak lucu namun ada makna tersirat. Rata-rata netizen meninggalkan komen di bawah entri akaun nya itu. Antara komen-komen netizen :
” Hahahaha.. Dato Aliff pun tak nak ketinggalan jugak buat troll 18/19.. “
” Bagus dato aliff ni dengar cakap isteri.. “
” Semoga nanti datin diberikan kemudahan dan kelancaran dalam persalinan.. Aamiin.. “
” Hahahahaha dato pon terjebak jugak ker?? Dah masuk kali ke 19 saye pikir nak komen ke tak nak post dato nie..”
” Tak kena Dato punchline.. Cuba lagi.. “
” Hahaha dato pon dah terjebak.. Semoga datin bersalin dengan tenang.. Jangan buat benda pel1k-pel1k dato kesi4n datin.. “
” Sweet nya gambar ni.. Muka seiras.. Moga bahagia dunia akhirat.. “
” Dato pun dah kena aura 18.. 19 ke.. “
” Haha kita tengokla nanti ya bila saatnya tibaa.. “
Nyata netizen pasti tertunggu-tunggu saat Datin Shahida bersalin nanti. Dengan perangai Dato’ Aliff yang luar jangkaan, ramai mengharapkan tidak berulang lagi peristiwa lama. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bersalin kepada Datin Shahida dan moga diberikan kemudahan dan kelancaran sepanjang proses bersalin nanti.. Aamin.. Buat Dato’ Aliff jangan lupa janji mu Dato’.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..