” Sampai ke hati, good job naim. Sampai pengantin pun feeling.. ” – Netizen
Video Nyanyian Istimewa Naim Daniel Di Majlis Resepsi Garden Wedding Mira Filzah Yang Merdu. Suara Naim Tu Gemersik Betul Sampai Suami Mira Filzah, Wan Emir Astar Buat Sesuatu Yang Tidak Dijangka. Hebat Naim !!
Alhamdulillah selesai sudah majlis resepsi terakh1r pelakon Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar. Seawal jam 10 pagi tadi hadirin mula menghadirkan diri ke A-Park, Puchong di mana menjadi lokasi pilihan untuk resepsi Mira dan Emir ini.
Mahukan suasana yang lebih santai, Garden Wedding dipilih dan khidmat Indah Wedding digunakan untuk merealisasikan impian mempelai ini. Ramai jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan artis dapat dilihat pada majlis resepsi kali ini.
Seperti majlis resepsi pertama dahulu, persembahan nyanyian daripada penyanyi pilihan Mira dan Emir turut dipersembahkan. Jika resepsi pertama Fauziah Latiff dan pasangan duet Ernie Zakri dan Syamel yang menghiburkan hadirin. Untuk majlis hari ini, juara AJL Naim Daniel menjadi pilihan mereka.
Menerusi akaun Instagram, Naim Daniel telah berkongsikan satu video yang memaparkan persembahan nyanyiannya di majlis resepsi Mira. Naim yang menyanyikan lagu dendangan asal Imran Ajmain berjudul Seribu Tahun buat Emir tersentuh sampai digenggam erat tangan Mira.
Jom tonton video di bawah :
Nyanyian Daniel ini tidak pernah mengecew4kan dan dibawakan dengan penuh penghayatan. Ini mendapat pujian daripada peminat dan antara komen-komen mereka :
” Sampai ke hati, goodjob naim. Sampai pengantin pun feeling.. “
” Maigaddddd part tarik ku takkkkkk putus harapannn tu sedap gil4.. “
” Kenapa sedap sangattttttt! meremag dengar suara Naim.. “
” Great performance, sebak sampai ke hati do. Sedap sangat suara.. “
Pergh mereseap semua ke dalam urat saraf dengan nanyian penuh feel Naim ni.. “
” Dah bnyk penyanyi yg aku prnh dgr dia org menyanyi live, and naim is the best.. “
” Nice sing Bro, so feeling. Go0sebumps.. Naim bagus sangat bawak lagu ni. Sampaiii dalam hati.. “
” Beautiful song with a very beautiful singing.. “
Macam kena sangat lagu dendangan Naim ini dengan kisah cinta Emir dan Mira. Setia bertahun-tahun walaupun pernah kena reject tetap berusaha dan akh1rnya berjodoh jua. Apa pun, suara Naim memang terbaik dan menghiburkan. Terus success Naim dan buat Mira semoga kisah cinta ini tidak hanya ‘seribu tahun’ malah hingga ke akh1r hayat. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Naim Daniel, IG Emiraa2020
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..