” Roy tetap remaja. Bukan hati je kental, muka pun kental hehe.. ” – Netizen

Dato’ Rosyam Nor Kongsi Video Reunion Pelakon-Pelakon G1la-G1la Remaja Selepas 37 Tahun Raih Perhatian Peminat. Wahhh Tak Banyak Berubah Masing-Masing, Mengimbau Memori Sungguh. Memang Legend Lah Semua !!

Filem G1la-G1la Remaja antara filem yang masih lagi segar dalam memori peminat seni tanah air. Dibintangi oleh Faizal Hussein, Rehana Yassin, Dato’ Rosyam Nor dan ramai lagi, tagline ‘ Roy, Roy hati kau keras ‘ masih menjadi sebutan peminat sehingga kini.

Setelah 37 tahun berlalu, semalam menjadi memori indah untuk barisan pelakon-pelakon filem hebat ini apabila dapat berkumpul bersama. Meninjau akaun Instagram Dato’ Rosyam Nor, telah dikongsikan video pertemuan semula mereka.

Ungkap Dato’ Rosyam, reunion mereka ini membuatkan semua orang gembira. Manakan tidak, masing-masing masih dengan peranga1 g1la-g1la mereka. Riuh jadinya dengan gelak ketawa semua apabila Dato’ Rosyam memperkenalkan nama samaran setiap orang dalam filem tersebut.

Liza Burung H4ntu, Roy, Fuzi , Suzi Chin dan Ravi antara yang hadir. Berbagai usikan antara satu sama lain dapat didengar dalam video ini. Kata Dato’ Rosyam lagi, semoga pertemuan seperti ini dapat dilakukan secara berterusan pada masa akan datang.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini sudah lebih 131 ribu tontonan direkodkan dan peminat mengatakan kerinduan mereka terubat melihat bintang-bintang lagenda ini. Antara komen-komen peminat :

” Semua legendds, terbaik. Dato please, kami nak semua berlakon balik. panggil balik chin, suziana, farouk. Roy handsome tak berubah, Roy tetap remaja.. “

” Wah the best reunion. Ya Allah bestnya. Saya peminat semua. Tahniah bertemu semula tapi tak lepas rindu kami. Evergreen, semua maintain slim.. “

” Dato, Alang alang dah bertemu tu apa lagi Dato’. Buat lah g1la g1la remaja 2022 hehe. Wow meremang bulu roma saya dato. Dan rasa sayu pun ada… Filem idola ni bhooo.. “

” Lepas 37 tahun berkumpul, memang banyak benda nak cerita kan. Tersenyum panjang aku tengok ni, ulang ulang tengok. Kenangan.. “

” Roy Roy hati kau memang keras haha. Semua legend ni, cerita yang tak jemu tengok berkali-kali pun tetap terhibur.. “

” Reunion yang sangat bermakna.. mengimbau kenangan dulu. semoga semuanya sihat selalu . G1la G1la Remaja best.. “

” Perghh 37 tahun, masa cepat berlalu. Roy memang tak jauh beza dulu dengan sekarang. Bukan hati je kental, muka pun kental hehe.. “

Ramai juga yang meminta supaya kesemuanya dapat membuat comeback dengan filem baru. Wah kalau ada G1la G1la Remaja 2022 confirm melet0p ni. Apa pun, semoga ukhuwah antara ke semua pelakon ini berpanjangan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rosyam Nor, Youtube Channel KhairulZaman 1988

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..