” Rinduuu dah ambo kat demo dua oghe ni.. “

Fad Bocey Kongsikan Video Spontan Bersama Yoe Parey dan Asif Suhaimi. Rindu Dah Datang Bertamu Rupanya. Sweet Sangat Fad !!

Bahang Suku Akhir Maharaja Lawak Mega belum berakhir. Persembahan terbaik Bocey bersama artis jemputannya Yoe Parey nyata melekat di hati peminat. Bocey yang dianggotai oleh Abam, Achey dan Fad memanjatkan kesyukuran dapat bekerjasama bersama insan istimewa ini.

Yoe Parey yang mana merupakan seorang ‘orang kurang upaya’ namun punyai tarikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Mampu berdialog spontan tanpa skrip merupakan kelebihan yang Yoe Parey miliki hinggakan hampir setiap video Drama Spontan di bawah arahan youtuber Syahmi Syazli mendapat rating melebihi sejuta tontonan.

Gandingannya bersama seorang lagi insan istimewa, Asif Suhaimi juga mencuit hati. Persahabatan antara Fad Bocey dan insan istimewa ini baru sahaja bermula namun keramahan dan kemesraan mereka seumpama sudah lama kenal. Di dalam diam, kerinduan mengetuk hati insan bernama Fad ini.

Menerusi akaun Instagram, Fad Bocey telah berkongsikan video beliau bersama Yoe Parey dan Asif Suhaimi semasa kedua insan istimewa ini hadir ke Kuala Lumpur untuk menjayakan persembahan Bocey. Jelas kemesraan antara mereka walaupun baru kali pertama mahu bekerjasama.

Jom tonton video di bawah :

” Rinduuu dah ambo kat demo dua oghe ni @yoe_parey dan @asifsuhaimi02 cc @syahmisazli @anissafaizul.. “

(Klik butang Kanan > untuk menonton video seterusnya.. )

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian video ini. Antara komen-komen netizen :

” Hehehe… Ajak tido umoh laaaa.. Seronok ado demo.. “

” Balik rumah tidurlahhh.. “

” Keekekeke palalalala babababa naaaahhhh..”

” Betol-betul pantun dia bagi ek.. “

” Hahahaha power teruk yoe asif bocey.. “

” Goncang perot mak.. Tengok meke semua.. “

” Kepala ba ?????? Pokkkk.. “

Lawak betul ayat-ayat spontan Yoe Parey dan Asif ni. Patutlah Fad sampai terindu-rindu, memang dah mesra akrab macam abang dan adik. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga hubungan persahabatan ini akan berkekalan dan bakal ada lagi kolaborasi antara kumpulan Bocey bersama Yoe Parey dan Asif di masa hadapan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fad Bocey by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..