” Rindunya dengan Ruhil, suara sama macam dulu.. ” – Netizen
Setelah Lama Menyepi, Kehadiran Ruhil Amani Di Borak Selebriti Sinar Raih Perhatian Ramai. Wah Lama Betul Ruhil Menghilang. Suara Tu Maintain Sedap, Sampai Terkej0t Falyq Hikyle Dengar Masa Part Menyanyi Yang Nada Tinggi Lagu ‘Kawan’ Tu !!
Sebut sahaja nama Ruhil Amani, pastinya peminat yang membesar di era 80-an mengingati akan lagu h1tsnya berjudul ‘ Kawan ‘. Bait lagunya masih segar dalam ingatan namun sayangnya Ruhil selepas itu h1lang daripada radar peminat.
Setelah sekian lama menyepi, Ruhil membuat penampilan khas di stesen radio Sinar sebagai artis jemputan slot Borak Selebriti Sinar bersama Dina Nadzir dan Falyq Hikyle. Menerusi akaun Instagram Sinar, temubual ini dikongsikan untuk semua.
Kata Ruhil, dirinya mengh1lang kerana komitmennya kepada keluarga terutamanya anak-anak. Apabila sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak, Ruhil inginkan yang terbaik dan berpegang kepada prinsip anak berhak mendapatkan yang terbaik daripada ibu dan bapa, Ruhil mengundur diri daripada dunia seni.
Apatah lagi suami Ruhil selalu outstation ke luar negara, ini lagi membuatkan Ruhil tekad untuk menyepi. Dalam temubual ini juga, Ruhil berkongsikan nyanyian lagu Kawan dan nyata suara Ruhil masih power seperti dahulu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih banyak tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang dapat dikongsikan :
” Kawan .. apa erti sayanggggg, jika hati tak senang.. kawan apa erti kasih kalau tersalah pilih…. Dina you’re cute .. “
” Tak berubah langsung rupa ruhil. Suka lagu Ruhil, legend ni. Boleh masuk Gegar Vaganza nanti.. “
” Lagu kawan top dulu..”kawan lihat masa dpn masa depan masih jauh kehadapan.. kita dibangku sekolah lagiii.. “
” U r d best mom Ruhil. May God bless you n yr family always. me too my priority is family anak2 first.. “
” Ruhil Amani still the best. Rindunya dengan Ruhil. Berapa dah usia Kak Ruhil sekarang, next GV masuk lah.. “
” 40 lebih dh rasanya umur kak ruhil ni tapi sama je macam dulu tak berubah. Cantiknya Ruhil.. “
” Suara tu tetap anergy sama macam dulu. lagu febret zaman sekolah dulu ni. ahh rindu sangat dengan ruhil.. “
Terubat kerinduan peminat yang sudah lama ingin mendengar suara Ruhil. Tetap padu seperti dahulu lah Ruhil ni. Semoga Ruhil sentiasa success dalam apa jua bidang yang diceburi dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..