” Reunion kat majlis kahwin pun jadi lah.. “

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Sasha Saidin Dan Sirhan Wahab, Namun Kehadiran Anggota Elite Jadi Tumpuan. Bergabung Kembali Nampaknya !!!

Tanggal 20 Januari manjadi saksi hari bahagia buat penyanyi Sasha Saidin ataupun lebih dikenali sebagai Sasha Elite. Sasha yang juga merupakan bekas ahli kumpulan wanita Elite akhirnya menamatkan zaman bujangnya setelah 8 tahun menjanda bersama seorang duda bernama Sirhan Wahab.

Sasha pernah berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini namun semuanya berakhir dengan pencera1an. Perkahwinan pertamanya bersama Jason Skinner pada 21 Jun 2003 mampu bertahan selama 4 tahun sahaja dan mereka kemudian memilih untuk berp1sah.

Manakala perkahwinan keduanya bersama seorang warganegara Indonesia, Salyo Proyanto Nutosoemarsono juga turut mendapat nasib yang sama. Jodoh tidak memihak kepada mereka namun mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah pun berusia 11 tahun.

Menerusi akaun Instagram Linda Rafar, telah dikongsikan beberapa keping gambar ketika majlis pernikahan Sasha Saidin semalam. Sasha yang cantik di dalam busana berwarna putih menaikkan lagi seri pengantinnya. Menariknya lagi majlis ini seperti reunion kembali anggota-anggota Elite. Meriah !

Jom baca kapsyen di bawah :

” Congrats sha.. Im happy for u sha.. Love you @sashasaidin.. “

Rata-rata netizen gembira dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Lawa gambar ni love sangat . I love all my girls. Thanks for today kesayangan ku semua.. “

” Alhamdulillah selesai comel. Kak sha semoga kekal to jannah muka suami isteri sama la orang kata muka sama kuat jodoh NYA.. “

” Congratulations!!! Haiii elite.. “

” Sama muka sasha dengan hubby dia. Line up elite original… Abby je takde.. “

” Sama cantik sama padan.. “

” Reunion kat majlis kawen pon jadi lah.. ”

Lagi gambar yang dikongsikan :

Majlis yang simple tapi sangat terasa bahang kebahagiaan dan kasih sayang di antara mereka. Semoga ikatan yang terjalin kekal berpanjangan hingga ke jannah. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru sekali lagi buat Sasha dan Sirhan, moga berbahagia selalu.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Linda Rafar, IG Jaydeesm by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..