” Reaction bila orang nak ambik baby girl dia Aqeef Anaqi.. “

Amyra Rosli Kongsi Lagak Anaqi Yang Melucukan. Gambar Last Tu Wah Bukan Main G4ngster Lagi Abang. Tak Boleh Ambik Adik Baby Kita !!

Pasangan pelakon romantis, Amar Baharin dan Amyra Rosli tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka yang melangsungkan perkahwinan pada 11 November 2016 kini bahagia dengan mahligai cinta yang dibina. Perkahwinan atas dasar cinta ini dikurniakan seorang cahayamata lelaki diberi nama Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017 .

Terkini Amyra telahpun selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 01 Februari lalu. Kelahiran cahayamata kedua ini disambut penuh kegembiraan bukan sahaja oleh Amar dan Amyra malahan juga para peminat mereka. Namun pastinya penerimaan Anaqi terhadap adiknya itu menjadi tumpuan ramai.

Anaqi yang comel sememangnya tidak sabar untuk melihat adiknya sejak dari mula Amyra hamil di mana sering dikongsikan aksinya menggosok perut Amyra dan menyanyikan lagu untuk adiknya itu. Gelagat Anaqi itu berjaya mencuit hati peminat.

Menerusi akaun Instagram, Amyra telah berkongsikan beberapa keping gambar anak lelakinya Aqeef Anaqi yang amat comel. Paparan reaksi muka Anaqi yang berbeza ditambah dengan kapsyen Amyra buat peminat tersenyum dan ketawa melihatnya. Alahai abang Anaqi sayang adik sangat ye. Comel je !

Jom baca kapsyen di bawah :

” Reaction bila orang nak ambik baby girl dia @aqeefanaqi @amyramarjr2020.. “

(Klik butang KANAN > untuk lihat gambar seterusnya.. )

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Aippp sempat korek bijih.. “

” Nak celet t4ik idung kat adik baby ke tanda cop.. “

” Hahahah abang anaqi. Gambar paling gengster yang last tu.. “

” Hahahah korek idungg yee abangg. By the way, protective betul abang ni.. “

” Sayangnya anaqi abang yang protective.. “

” Gar4ngnya abang tapi tengok gambar last tu tak jadi nak tak0t. By the way congrats myra dapat baby girl.. “

” Korek hidung nape tu anaqi ? Nak pi leset kat orang yang nak amik adik ka?.. “

Lucu betul tengok gaya abang Anaqi sekarang. Dah mula nampak protective seorang abang pada adiknya ni. Mesti layan adik nanti sweet macam mummy dengan daddynya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Anaqi dan baby girl membesar dengan sihat dan sentiasa dilindungi Allah dari segala musibah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amyra Rosli by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..