” Rasa macam tengok konsert.. “

Video Dato’ Siti Nurhaliza Menyanyi Buatkan Tetamu Yang Hadir Di Majlis Kahwin Terpesona Akan Kemerduan Suaranya. W0ww.. Vokal  Memang P0werr, Tiada Tandingan !!

MUSTIKA hati rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 41, merupakan penyanyi nombor satu Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995.

Umum mengetahui sepanjang kerjayanya, Dato’ Siti telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara. Malah, beliau juga turut digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty Kazakhstan pada tahun 2002.

Selepas mendapat kurniaan darjah kebesaran sebagai Datuk dan Dato’ Sri, nama beliau juga merupakan antara nama yang disebut sebagai Biduanita Negara yang ketiga selepas Puan Sri Saloma dan Datuk Sharifah Aini. Telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Siti Aafiyah.

Menerusi instagram Ct Aini telah berkongsi satu video merakamkan Dato’ Siti Nurhaliza menyanyikan sebuah lagu dendangan penyanyi dari Indonesia, Andmesh yang berjudul Cinta Luar Biasa di majlis perkahwinan anak Dato Sri Dr Zul iaitu Farah Nawal.

Sangat menakjubkan vokal Dato’ Siti seperti berada di konsert nyanyian dan membuatkan semua tetamu yang hadir terpesona akan nyanyian merdu Dato’ Siti Nurhaliza itu. Woww !!

Tonton perkongsian video di bawah ini :

” Macam Konsert. Lagu best, lirik best, video best, yg menyanyinya mmg tersgt best ! @ctdk #fifasboy … @rekateemor.. “

View this post on Instagram

Lagu best, lirik best, video best, yg menyanyinya mmg tersgt best! @ctdk #fifasboy 💙💙💙 … 📹 @rekateemor • • ✨ Sesiapa nk order produk SIMPLYSITI & BeauSiti, sila whatsapp 0192195015.. ✨ #SayaJualSimplySiti #SayaJualBeausiti #SayaAhliElitSimplySiti #SSE00040 cc @officialsimplysiti_elit • • #SIMPLYSITI #ForTheBeautyInYou #SelaraskanCantikmu #BEAUSITI #BeauSitiBySIMPLYSITI #BeautEssence #SolusiKecantikanHolistik #beausitimelengkapimu #aafiyahanakibu #ibuaafiyah #ctdk #sitinurhaliza #ctnurhaliza #datositinurhaliza #DatoSriSitiNurhaliza #DatoSeriSitiNurhaliza @officialsimplysiti_elit @tupperware_ctaini @ctaini77 #sitizoner #sitizoners #SimplysitiProdukHalal #PosSeluruhMalaysia

A post shared by Ct Aini (@ctaini77) on

Rata-rata peminat begitu kagum dengan nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza itu. Antara komen-komen tersebut :

” Ya Ampun, rasa tgk konsert, padahal majlis kahwin je, Dato CT mmg mabeles laaaa….. Tiada tandingan.. “

” Aaaahhhhhh…. Mcm konsert.. Tokti bwk punya lah mendayuuuu.. “

” Wow… I love Datuk CT.. “

” Woww sgt2 best bila dato Siti bawa lagu ni.. Mahu nangis @andmeshkamaleng_ dgr lagu ni.. “

” Memang powerr.. Terbaik .. “

” Woww.. Best dengar.. Sedap suara Dato Ct.. “

Wowww !! Serius.. merdu betul Dato’ Siti Nurhaliza menyanyi bawa lagu ini. Sampai semua berhenti makan, siap rakam Dato Siti menyanyi lagi tu. Bukan senang tau nak tengok penyanyi kesayangan semua ini menyanyi secara langsung. Apa-apa pun, kami mendoakan semoga Dato’ Siti Nurhaliza sentiasa dimurahkan rezeki sentiasa. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Ct Aini, Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..