” Ramai betul orang cakap muka Emirhan macam President of Russia versi baby.. ” – Anzalna

Muatnaik Gambar Terbaru Anak Keduanya, Mohamad Emirhan Yang Kini Sudah Berusia 6 Bulan, Perkongsian Anzalna Nasir Raih Perhatian Ramai. Eh Betul Lah, Nampak Sebijik Muka President Russia, Vladimir Putin !!

Beberapa bulan lalu pelakon cantik, Anzalna Nasir telah selamat melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi lelaki. Anzalna turut berkongsi kepada umum memilih nama Mohamad Emirhan buat putera keduanya itu .

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Anzalna telah memuatnaik gambar Emirhan yang genap 6 bulan usianya pada hari ini. Kelihatan pada gambar, Emirhan sedang duduk dalam walker baby.  Selain itu, Anzalna juga berkongsi cerita mengatakan ramai yang cakap wajah Emirhan mirip seperti wajah Presiden Rusia, Vladimir Putin tetapi versi baby.

Perkongsian gambar terbaru Emirhan itu telah mencur1 perhatian warganet. Rata-rata mereka mengakui Emirhan memang seiras seperti Vladimir Putin dan jika dikatakan Emirhan anak orang Rusia, ramai yang akan percayakannya.

Sehingga kini, gambar tersebut telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai handsome betul Emirhan, putih gebu kulitnya, patut lah ramai yang ger4m tengok Emirhan.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan memuji kecomelan Emirhan. Antara komen-komen menarik adalah :

” Betul macam president Russia puan. Tapi ni versi comel, hehe ger4m tengok muka dia, kejap dah 6 bulan yer.. “

” Kalau cakap anak orang Rusia pun ramai percaya ni, sebab memang nampak sebiji betul, putih gebu lah budak comel ni.. “

” Eeeeee ger4mnya budak handsome ni. Comel betul anak2 Anzalna, hidung mancung, putih melepak.. “

” Betullah anak orang Rusia ni, hahahaha. Bukan calang2 yer orang samakan muka Emirhan dengan President gitu.. “

” MasyaAllah comel betul lah Emirhan. Kalau macam ni, nnti mengandung nk tatap je gambar Emrihan, hehe mana tahu dapat rezeki dapat anak comel macam Anzalna.. “

” Happy 6 months Old Emirhan. Masya Allah Comel sangaatt lah kamu, moga membesar jadi anak yang soleh ya.. “

” Eh yelah. Mcm jr mr president, tp awak sgt comel. Rambut Emirhan style buat masa sekarang more like daddy dia, haha.. “

Pejam celik pejam celik kejap je Emirhan membesar. Memang ada iras wajah Emirhan dengan Vladimir Putin. Apa-apa pun semoga anak-anak Anzalna terus membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG anzalnanasir88, Vladimir Putin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..