” Perut nampak bulat semacam je.. “

Video Dato’ Siti Nurhaliza Sedang Make Up Farah Nawal Buat Ramai Kagum. Tapi Perutnya Pula Jadi Perhatian Netizen. Ermmm.. Ada Apa-Apa Ke Ni, Doa Yang Baik-Baik !!

Siapa tiak kenal akan penyanyi, Dato’ Siti Nurhaliza yang sentiasa menjadi perhatian ramai ke mana jua beliau pergi.  Diiktiraf sebagai penyanyi nombor 1 Malaysia kerana kehebatan suaranya yang sangat memuk4u. Aura beliau bukan sahaja di Malaysia malahan juga negara jiran, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Sudah memasuki 25 tahun penglibatan beliau dalam bidang seni hiburan, di awal bergelar seorang penyanyi telah banyak dugaan dan cabaran terpaksa dilalui oleh beliau. Pernah digelar sebagai ‘artis kampung’ kerana tidak mahu berpakaian seks1 dan bergambar bersama lelaki, ternyata hal ini telah menjadi semangat untuk beliau mencipta kejayaan.

Dato’ Siti telah mendirikan rumah tangga bersama Dato Khalid Jiwa pada tahun 2006. Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang nama Aafiyah setelah 12 tahun penantian mereka untuk mendapat zuriat. Dato’ Siti juga merupakan seorang ahli perniagaan yang  mengusahakan barangan komestik keluarannya sendiri yang bernama SimplySiti.

Menerusi akaun Instagram Ctaini77, telah berkongsi beberapa video yang telah dirakamkan oleh pereka fesyen Fiziwoo. Video yang merakamkan Dato’ Siti sedang menata rias gadis jelita yang bernama Farah Nawal pada majlis pertunangannya.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :

” Alhamdulillah … @fiziwoo .. “

(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

Rata-rata peminat kagum dengan hasil tangan Dato’ Siti itu. Antara komen-komen tersebut :

” Pandai makeup pula, selain nyanyi Dato Siti ni.. “

” Alhamdulillah.. Tahniah lady boss @ctdk jd mua @officialsimplysiti .. bertmbh 1 bidang lg.. moga istiqamah.. cc : @ctaini77.. “

” Both.. Sgt cantik.. “

” Wowwwww.. mmg serba boleh la kak iti ni.. “

” Berseni tgn #ctdk.. “

” Cantikk nyaaa.. Pandai mak iti makeup.. “

Namun, ada netizen menegur bentuk badan Dato’ Siti yang kelihatan seperti sedang berbadan dua :

 

Amboi.. Taj4m sungguh yer penglihatan netizen sekarang. Tapi kalau betul apa salahnya, rezeki dari Allah yang sangat ternilai dan sudah pasti Dato’ Siti gembira. Aafiyah pun dah berusia dua tahun, nampak pun dah sangat cerdik, dah boleh dapat adik dah tu.

Apa-apa pun, andai benar Dato’ Siti sedang mengandung, kami dari Berita Kopak mengucapkan tahniah. Sama-sama kita doakan yang baik-baik buat Dato’ Siti.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Ct Aini,  Siti Nurhaliza by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..