” Pertama kali saya nampak Azil sama Abah, manjanya Azil.. ” – Netizen

Zarina Zainuddin Kongsi Video Azil Sedang Bermanja Bersama Abahnya Buat Ramai Tersentuh. Bahagianya Nampak Wajah Azil, Manja Sangat Anak Abah Ni !!

Peminat yang mengikuti laman instagram pelakon Zarina Zainuddin pasti turut mengikuti perkembangan pasangan kembar Azal dan Azil kerana Zarina sering berkongsi setiap momen antara Azal dan Azil di laman sosial miliknya. Ramai peminat yang kagum dengan kesabaran dan kesungguhan Zarina membesarkan anak-anak istimewanya ini.

Kita juga mengetahui bahawa Azal dan Azil merupakan pasangan kembar Aust1sm, namun mereka berdua dibesarkan dengan penuh didikan dan kasih sayang yang sangat mendalam daripada Zarina, suami serta seluruh keluarga. Keperluan dan permintaan si kembar ini sentiasa dipenuhi.

Personaliti Azal dan Azil sangat berbeza namun Zarina mampu mengatasi setiap keadaan dan masalah antara mereka berdua ini. Azil kelihatan lebih agres1f daripada Azal namun Azal tetap melayan dan menjaga Azil dengan baik. Azal sentiasa mengambil berat keadaan kesihatan Azil.

Azal juga dilihat pandai berdikari dan menjaga diri sendiri dan ini sangat berbeza daripada Azil yang perlukan lebih perhatian. Mengintai ke laman instagram Zarina, kita dapat melihat perkongsian video antara Azil dan abahnya. Azil kelihatan sangat manja dengan abahnya. Alahai anak manja abah.

Mari kita lihat video yang dikongsi oleh Zarina ini :

( Klik butang KANAN > untuk menonton video dan melihat gambar seterusnya.. )

Peminat turut men1nggalkan komen setelah menonton video yang dikongsi oleh Zarina ini, antara komen-komen yang diterima ialah :

” Pertama kali saya nampak Azil sama abah, manjanya Azil.. Comelnya Azil bermanja-manja dengan Abah.. ”

” Anak istimewa sentiasa inginkan belaian kasih dan sayang daripada orang tuanya.. “

” Sama besar dengan abah dah tu. Handsome Azil anak manja abah ni.. “

” Best nye kakk walaupun anak dah besar, tapi still dapat rase dia macam baby kan. Dapat pel0k, tep0k-tep0k dia diam je.. “

” Anak abah ni muka pun ikut abahnya, sayunya tengok Anugerah Allah swt ni.. “

” Baju dengan seluar pun dah sama dengan abah memang anak manja abah ni.. “

Seronoknya tengok Azil budak bijak ni bermanja-manja dengan abah. Kami di Berita Kopak mendoakan agar Azil dan Azal diberi kesihatan yang baik dan kami juga mendoakan semoga segala urusan Kak Zarina serta keluarga dipermudahkan dan diberi kesabaran dalam menjaga dan mendidik anak syurga ini. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarina Zainuddin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..