” Patut lah Jep nang1s sambil makan, makin tebal lah bibir kawan tu. Haha.. ” – Netizen

Sari Yanti Kongsi Video Sediakan Bubur Untuk Jep Sepahtu. Haaa Ambik Nak, Bukan Biasa-Biasa Bubur Ni. Part Last Tu Ser4m Tengok, Patut Lah Jep Menang1s Sambil Lap Tisu Sambil Makan. Mesti Jep Sumpah Tak Minta Bubur Dah Lepas Ni, Haha !!

Minggu ini, kisah bubur menjadi perbualan hang4t pengikut setia Sepahtu Reunion Live. Gara-gara babak Jep Sepahtu meminta Erra Fazira menyuapnya bubur dalam episod minggu lepas membuatkan Jep masih diusik oleh peminatnya sehingga ke hari ini.

Jika semalam, Jep ada berkongsikan di Instagramnya satu video yang memaparkan Sari menyuapnya makan bubur. Dengan muka sed1h dan penuh sopan, Jep makan bertemankan berhelai-helai tisu di tangannya sambil lap mata.

Meninjau akaun Instagram Sari Yanti pula, Sari berkongsikan persediaannya membuat bubur untuk Jep. Sari memang gemar memasak dan banyak resepi yang dikongsikan oleh Sari di Instagram khas untuk menu-menu masakannya.

Melihat akan video Sari ini membuatkan peminat terhibur pada final presentation buburnya itu. Kelihatan segenggam cili ap1 ditaburkan oleh Sari dalam mangkuk bubur Jep ini. Nampaknya berap1 lah bibir Jep apabila pekena bubur ‘special’ yang si isteri sediakan ini, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Sari ini sehingga kini telahpun meraih lebih 57 ribu tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Makin tebal bibir kawan tu haha. Semoga dengan suapan Bubur ni, Allah eratkan lagi hubungan kekeluargaan kalian.. “

” Last sekali tu ubat tahan gat4lkan Sari haha. Pijau ler bibir Jep haha, ghisau ghisau.. video bubur pun dah kelakar.. “

” Len macam betul part yang last tu haha, eh risau hehe. Naya pak Jep, sekali finishing dia, finished betul haha.. “

” Mau seminggu Jep tak masuk konti ni haha. Suap jangan tak suap kak sari. cili kasi lebih, nak sangat bersuapkan haha.. “

” Hahaha patut la jep makan bubur sampai lap muka pakai tisu.. ada b0m rupanya. hambik cili padi punya banyak, tengah mencari no 2 ye haha.. “

” Patut lah jep nang1s sambil makan, habislah Tapan lepas ni. Apa-apa pun kita gelak dulu haha.. “

” Makk aii cilinya, padu haha. Lain macam dia punya perl1 tu, berap1 kalau kena ni haha. Aku berdekah dah gelak ni, makin tebal la bibir Jep haha.. “

Kerana mulut badan b1nasa, kena betul perumpaan ni untuk Jep, hehe. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar gurauan Sari dan Jep sahaja dan untuk hiburan semata-mata. Semoga pembaca juga terhibur menonton video tersebut. Terus bahagia Jep dan Sari Yanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sari Yanti, IG Jep Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..