” Patik mohon mengundur diri dari follow Tuanku.. ” – Netizen

Kerana Sering Berkongsi Menu Masakan, Seorang Netizen Terp4ksa ‘Unfollow’ Raja Permaisuri Agong KDYMM Tunku Hajah Azizah Di Instagram. Alahai Ini Sebabnya.. Patut Lah !!

Jika anda mengikuti akaun Instagram Raja Permaisuri Agong, KDYMM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pastinya anda akan dapat melihat pelbagai jenis masakan air tangan baginda. Baginda gemar berkongsi apa sahaja masakan air tangannya di laman Instagram.

Hampir setiap hari ada sahaja menu masakan yang dikongsikan baginda. Sesiapa sahaja yang melihat menu-menu yang disajikan pasti akan rasa terliur. Bukan sahaja nampak menarik malah sangat menyelerakan. Tambahan pula jika menu tersebut tidak pernah dirasai.

Umum mengetahui, baginda sememangnya gemar memasak. Malah baginda lebih suka menyediakan sendiri masakan untuk keluarganya walaupun baginda mempunyai tukang masak di istana. Baginda juga pernah memasak untuk rakyat. Bertuah yang dapat merasainya.

Menerusi akaun Instagram, Baginda memuatnaik gambar masakannya iaitu Bubur Asyura Pahang. Bubur asyura air tangan Tunku Azizah ini berbeza kerana baginda meletakkan telur dadar yang diracik di atas bubur tersebut. Nampak menyelerakan bukan ?

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

kacau Bubur Asyura Pahang hari ini

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Rata-rata netizen terasa terliur melihat kesedapan bubur asyura masakan air tangan Tunku Azizah. Antara komen-komen mereka :

” Sedapnye asyura.. ingin nk rase masakan tunku azizah.. xpernah mkn asyura yg mcm ni.. “

” Wahh sedapny.  itu telur dadar ke tuanku ? “

” Ampun tuanku… alangkah bertuahnya sesiapa yang dapat merasa air tangan tuanku… ampun tuanku.. “

” Asyura di raja mcm ni. Mesti ada telor dadar tabur di atas. Rasa nya pun lain . Sedapppppp.. “

” Tuanku masak banyak2 tu, bg la sy sikit… “

” Ampun Tuanku, seleranya tgk.. “

” Sedapnya bubur asyura… ampunkn patik tuanku.. ngecess sikit.. “

Namun komen gurauan daripada seorang netizen ini telah mencur1 perhatian ramai dan mendapat komen balas daripada Tunku Azizah :

Ada betulnya juga kan ? Ibu mengandung ni bukan boleh tengok makanan yang sedap sangat, nanti mulalah teringin. Tambahan pula kalau makanan tersebut rare dan sukar diperolehi. Mahunya mengidam sampai bersalin. Apa pun, memang menyelerakan masakan Tuanku !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tunku Azizah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..