” Part ni memang paling terkesan. Pandangan Lofa pada set MeleT0p dan Nabil yang last tu.. “

Lambaian Terakhir Neelofa Sebelum Meningg4lkan Set MeleT0p Sambil Menahan Sebak Buat Ramai Tersentuh. Alahai Sedihnya !!

Baru-baru ini Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor telah membuat pengumuman untuk mengudurkan diri dari mengendalikan rancangan MeleT0p secara langsung ketika dalam program tersebut. Pengumumannya mengej0tkan ramai pihak.

Selama lapan musim beliau bersama pengacara Nabil Ahmad, Neelofa menzahirkan penghargaan terhadap rakan gandingannya, Nabil atas komitmen dan kepercayaan yang diberikan selama ini. Bagi diri Neelofa, rancangan MeleT0p ini merupakan tempat beliau membesar dalam bidang pengacaraan dan menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Neelofa yang juga usahawan menyatakan punca beliau meninggalkan tugasan tersebut adalah untuk mengejar impian yang lain. Untuk rekod, Neelofa bersama Nabil Ahmad mengelolakan program hiburan berkenaan sejak tahun 2012. Penerbitan MeleT0p  di kaca televisyen sudah pun mencecah usia lapan tahun.

Menerusi Instagram, MeleT0p telah berkongsi video saat perjalanan terakhir Neelofa meningg4lkan set program MeleT0p. Video itu memaparkan Neelofa yang berjalan sambil dilihat oleh penonton, membuatkan semua yang berada dalam program MeleT0p tersebut merasa sedih kerana malam ini merupakan malam terakhir Neelofa mengacarakan program tersebut.

Ikuti perkongsian MeleT0p di bawah :

” Final goodbye by Neelofa.. MeleT0P.. ThankYouLofa.. TanyaLofa.. “

Rata-rata peminat turut bersedih melihat video tersebut. Antara komen-komen tersebut :

” X dpt nk digambarkan perasaan nlofa.. “

” The first one will always be remembered ayyy im sho sad.. “

” Goodbye neelofa.. “

” Sumpah i nangis tgk lofa last episod.. thankyoulofa.. “

” Part paling sedihhhhh… “

” Part ni memang paling terkesan. Pandangan Lofa pada set Melet0p dan Nabil yang last tu.. “

Sedihnya tengok Neelofa. Tak dapat digambarkan perasaannya ketika ini. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat bersara Neelofa dari program Meletop. Semoga segala impian yang Neelofa inginkan akan tercapai dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG MeleT0p by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..