” Part Azmi yang dah lepas tu biarlah lepas. Sump4h kelakar.. “
Set MeleT0P Gamat Dengan Kehadiran Elly Mazlein Dan Cikgu Azlan. Amboi Kak Lina Sempat Lagi Petik Nama Azmi. Gelak Macam Start Kereta Dengan Mimik Muka Kelakar Tu Buat Netizen Terbahak-Bahak Ketawa !!!
Rancangan berbentuk hiburan, MeleT0P sememangnya tidak pernah tidak gamat. Hosnya Nabil Ahmad sentiasa ada jenaka yang buat penonton tidak kering gusi bergelak ketawa. Ditambah lagi artis jemputan yang sama-sama memeriahkan set membuatkan rating MeleT0P meningkat.
Pengantin baru, Elly Mazlein dan suaminya Cikgu Azlan antara jemputan ke set MeleT0P semalam. Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom terkenal dengan perangai kelakarnya yang menghiburkan. Didatangkan khas ke set MeleT0P, pelbagai cerita dan lagak lucu berjaya dirakamkan.
Terdahulu, Kak Lina pernah menjadi isteri kepada pengarah, Azmi Hatta namun jodoh mereka tidak panjang. Menerusi perkahwinan ini, Kak Lina dikurniakan seorang cahayamata perempuan diberi nama Putri Sara Sefhia. Setelah lama memegang status ibu tunggal, akhirnya hati Kak Lina berjaya dibuka oleh Cikgu Azlan yang nyata ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk menyerikan hidup Kak Lina dan Sefhia.
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :
” Bukan setakat elok rupa, perangai pun elok suami kak pompom ni. Alhamdulillah, selepas mendung adanya pelangi. Semoga bahagia segalanya. Amin…. “
” Tak lepas tangan Papa Awanano pegang Lina Apom walaupon berpeloh. Alhamdulillah, aku tumpang bahagia.. “
” Lina Pom Pom akak doakan Lina dan cikgu awan nano bahagia hingga ke Jannah comelñyeèer awak berdua yea.. “
” Part Azmi yang dah lepas tu biarlah lepas.. Sump4h kelakar.. “
” Menganj1ng Azmi since tu nama bekas suami Elly.. “
” Ouhhhh yekee.. Ex dia nama azmi.. Pat0t la tetibe petik azmi.. Tak paham juge hahaha.. “
Macam-macam ragam bila bergabung di atas pentas, namun gelak Kak Lina dan mimik mukanya menceritakan detik perkenalan tu memang melucukan. Muka kepit terus Kak Lina ni. Lagi lucu bila terungkai disebalik nama ‘Papa Awan Nano’. Simbolik dan padu betul ayat Kak Lina.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga ikatan perkahwinan Kak Lina dan Cikgu Azlan akan kekal berpanjangan hingga ke syurga dan semoga bahtera rumahtangga ini akan sentiasa disulami cinta dan kasih sayang yang tak putus-putus walau apa jua dugaan yang mendatang.. Aamin
Sila klik video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein , Youtube MeleT0P by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..