” Kalau tengok ke bujur dia tu… Cuba tengok hujung jari kaki jap.. “

Nabil Ahmad Cuba Teka Jantina Baby Fasha Sandha Di Set MeleT0P Buat Suasana Jadi Gamat. Alahai.. Macam-Macam Nabil Ni, Sian Fasha Letih Gelak Tak Henti !!

Pengacara sensasi rancangan hiburan MeleT0P, Nabil Ahmad bukan nama asing pada para peminat dunia seni hiburan. Pelakon, pelawak, penyanyi dan pengacara ini sememangnya mempunyai auranya yang tersendiri dalam mengelolakan rancangan popular ini.

MeleT0P yang bersiaran setiap Selasa menampilkan ramai artis dan selebriti terkenal untuk tontonan penonton. Salah seorang yang menjadi tumpuan pada episod MeleT0P semalam adalah aktress Fasha Sandha. Kemunculannya di pentas mendapat tepukan gemuruh penonton.

Umum mengetahui Fasha adalah isteri kepada aktor Aidil Aziz. Pernah hamil sebelum ini namun mengalami kegug0ran membuatkan Fasha lebih berahsia tentang kandungan barunya ini. Bukan menyembunyikan namun baginya lebih baik untuk mengelakkan menjadi bualan peminat. Bagus Fasha ni !

Menerusi akaun Instagram MeleT0P, telah dikongsikan sedutan video semasa Nabil dan Nora Danish sedang bertanyakan tentang kandungan Fasha. Fasha yang sedang hamil kelihatan amat comel dengan baby bump nya yang makin terserlah. Namun gaya Nabil mahu meneka jantina bayi itu buat penonton ketawa. Lucu Nabil !

Jom tonton video di bawah :

” @nabilzira pulak yang sungguh sungguh teka baby boy ke baby girl, alah alah nak tambah sorang lagi baby ke tuuu hehehe.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Fasha so gojes… Berseri bakal ibu.. “

” Hope dapat kembar pulaaa.. “

” Hahaha…. Good job Fasha. Semoga di permudah segala urusan.. “

” Cantik berseri fasha.. “

Memang jelas kelihatan seri ibu mengandung di wajah jelita Fasha Sandha ini. Tidak kisahlah bayi lelaki atau perempuan, moga fasa kehamilan Fasha berlalu dengan mudah. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fasha sentiasa sihat dan semoga kandungannya sentiasa dibawah lindungan Allah. Aamin..

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG MeleT0P, IG Fasha Sandha, Youtube MeleT0P by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..