” Pandainya Eidrees, sejuk perut ibu mengandung.. ” – Netizen
Anzalna Nasir Kongsi Video Anaknya, Eidress Tunjuk Cara Solat Buat Ramai Yang Terhibur. Part Last Tu Pandai Ye Tep0k Tangan Bila Orang Puji. Alahaii Comel Sungguh !!
Sebut sahaja nama Anzalna Nasir, pastinya terbayangkan senyumannya yang manis dan wajahnya yang jelita. Pelakon dan model tinggi lampai ini berasal daripada Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Beliau juga merupakan kakak kepada pelakon Mia Nasir dan Afifah Nasir.
Umum mengetahui Anzalna dikurniakan seorang anak lelaki hasil perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Hanif Zaki. Anaknya yang sangat comel dan putih melepak diberi nama Mohamad Eidrees. Seperti anak selebriti yang lain, Eidrees tidak terkecuali daripada menjadi perhatian ramai.
Bukan sahaja disebabkan kepopularitian ibunya, Eidress menjadi terkenal dalam kalangan peminat kerana wajah yang comel dan gelagatnya yang suka tersenyum dan ketawa. Eidress lebih mewarisi raut wajah ayahnya, manakala keletah dan sifat suka ketawa lebih kepada ibunya.
Terbaru, menerusi laman Instagram, Anzalna telah memuat naik sebuah posting berbentuk video buat tatapan peminatnya. Video tersebut memaparkan anak kesayangannya, Eidrees sedang melakukan seperti gerakan dalam solat. Eidrees yang berdiri di atas sejadah sudah bersedia untuk menunaikan solat.
Dengan Kapsyen, tertulis ‘Salam Maghrib everyone..’, sudah tahulah Eidrees ingin menunaikan solat maghrib. Kedengaran Anzalna bersama suaminya menyebut kalimah ‘Allahuakbar’ , lalu Eidrees mengangkat tangannya seperti melakukan takbiratul ihram. Aik yang last tu boleh pulak tep0k tangan ye. Alahai pandainya Eidress !!
Di bawah ini adalah video tersebut. Jom tonton !!
Entri tersebut dihujani dengan emoji tanda hati menunjukkan ramai yang suka dengan gelagat Eidress tersebut. Mereka juga memuji kepintaran dan kecomelan Eidress. Ini antara komen-komen yang dit1nggalkan oleh mereka :
” Comellll nyee, cheerful baby, tak pernah tak senyum tau, manis macam mak dia.. “
” Pandainya Eidress, sejuk perut ibu mengand0ng, Eidress anak soleh.. “
” Ya Allah Eidrees !! I’m missing you like crazy!!!! “
” Alololoo comeynye sayang, tep0k yang last tuh wajibs.. “
” Pandainya diaaa, anak bila tengok ibu bapa solat mmg suke men1ru.. “
Alhamdulillah, orang kata melent0r buluh biarlah dari rebungnya. Sangat tepat sekali peribahasa tersebut. Didiklah anak dari kecil supaya mereka lebih mudah diajari. Sesungguhnya didikan agama sangat penting supaya anak membesar dengan nilai sahsiah yang tinggi. Kami mendoakan Semoga Eidress menjadi anak yang soleh. Amin..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Anzalna Nasir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..