” Pandainya dia, sebut nama daddy dan mummy dengan jelas.. ” – Netizen
Video Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Yang Sudah Pandai Menyebut Nama Mommy Dan Daddynya Raih Perhatian Ramai. Alahai Comel Jer Bunyi Sebutan Isaac !!
Meninjau ke akaun Instagram Zahirah Macwilson, perkongsian terbaru Zahirah mengenai anaknya, Isaac Raees telah meraih perhatian ramai. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Isaac sudah pandai menyebut nama ibu bapanya.
Zahirah bertanya kepada Isaac yang Isaac merupakan anak siapa dan respon yang diberikan oleh Isaac ialah Aiman dan Ira. Wah pandainya Isaac. Dah pandai sebut nama mommy dan daddy dengan jelas.
Isaac yang kini sudah berusia setahun lebih nampaknya sudah pandai bercakap. Walau pun sebutan nama mommy dan daddy Isaac agak pelat namun ia merupakan perkembangan yang sering dinantikan oleh setiap ibu bapa.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video Isaac ini telah menerima lebih daripada 31 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik. Pastinya selepas ini ramai menantikan video Isaac yang semakin petah bercakap.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang ger4m melihat kepetahan Isaac menyebut nama ibu bapanya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Hahahaha the way he went “eeeeeeeraaaaa “ bila nk sebut nama mummy dia. Cuteeee.. Masyaallah superb cute lah sebut nama Mommy.. “
” Eewaaa pun boleh lah ijack.. Eeee bdk ni… grrrnya.. dh pandai ckp.. comel suara.. So adorable handsome boy Isaac Raees.. “
” Comelnya Isaac dh pandai sebut nama daddy gan mummy dia.. So clear when he say Aiman. Cutelah Ijack.. “
” So sweet dah pandai cakap si comel ni.. panjang eee tu.. Dahlah cute, cerdik pulak tu, ger4mnya.. so handsome.. “
” Banyak tanya dah protest… eeee.. kang dh bbunyi. Omg what is thissss dia dah boleh bercakap .. Cara dia jawap macam mengeram ‘ja suruh EEEEERA So cute.. “
” MashaAllah, pandainya dia sebut nama daddy dengan mummy dia dengan jelas, bijak.. comel sangat isaac.. “
” So cute panggil nama mummy lak eeewaaa pon eeewaaa lah janji dia tahu nama mummy dia.. hehe dah pandai cakap.. “
Terasa pantas masa berlalu dan Isaac dilihat semakin bijak mengikut tumbesarannya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Isaac Raees membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. InsyaAllah amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..