” Pandainya, cara pegang dan gentel doh pun tahu memang dah biasa buat ni…. “

Edika Yusof Kongsi Video Anak-Anaknya Membuat Chapathi Mendapat Pujian Netizen. MasyaAllah, Pandai Dan Ringan Tulang !!

Pastinya ramai yag masih ingat dengan pelakon dan model iklan yang popular di era 90an iaitu Edika Yusof. Beliau menceburi bidang seni secara tidak sengaja. Iklan pertama yang dijayakan oleh Edika ialah iklan Wrangler Jeans bersama Kavita Sidhu. Memiliki wajah kacukan menyebabkan beliau berjaya mengorak langkah dalam bidang seni.

Edika banyak berlakon sebagai watak utama dalam filem-filem popular era lewat 80an dan 90 an. Meskipun kerap membawa watak anak orang kaya, b0ngkak tetapi sebenarnya dia berasal dari keluarga biasa sahaja. Edika mengundur diri dari bidang seni selepas isterinya lump0h separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka.

Edika kemudiannya lebih banyak menghabiskan masa menjaga isteri atas rasa kasih sayang dan tanggungjawab . Edika mempunyai dua orang anak hasil pernikahannya dengan isteri dan seorang anak angkat iaitu Fardeen Nasrulhaq, Fereena Nurulhaq dan Nazirul Afiq.

Menerusi akaun Instagram, Edika berkongsi video anak-anaknya membuat chapathi. Menurut Edika, anak-anaknya sendiri yang menawarkan diri untuk menyediakan chapathi untuk mereka sekeluarga. Wah, hebat sungguh kerana bukan semua orang pandai buat chapathi tau.

Tonton video di bawah :

” Kids offer nak buat Chapathi.. “

Rata-rata netizen memuji sikap anak-anak Edika yang begitu rajin membantu ibu bapa. Antara komen-komen mereka :

” Alhmdulillah.. rajin ank2, Ptg2 suka la mkn capati ngn kuah sadin.. “

” Pandai nya … tgk pon da sedapp .. “

” Anak2 penyejuk hati.. “

” MasyaAllah. Pandai dan ringan tulang. Rasa lega sangat kalau sebagai parent tengok anak-anak pandai buat keje rumah.. “

” Pandainya.. mkcik yg tua ni pun xreti.. “

” Pandainya… cara pegang duk gentel doh pun tahu mmg dah biasa buat ni…. “

” Wah, bestnye, pandainye your kids, bertuah….. “

Bertuah sungguh Edika dan isteri mempunyai anak-anak yang ringan tulang sebegini. Tahniah diucapkan kepada Edika serta isteri kerana berjaya mendidik anak-anak rajin membantu kerja-kerja rumah. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan kerja rumah yang ditanggung.


Silakan SHARE..

Sumber : IG Edika Yusof by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..