” Pandai Nyanma cakap Thailand ye, nak jadi orang Siam pulak. Hehe.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Belajar Bercakap Bahasa Thailand Buat Peminat Terhibur. Amboi Panjang Betul Khappp Yang Last Tu. Ger4m Sangat Gayanya Tu Fatima !!
Setiap kali video anak kepada pasangan Fattah Amin dan Fazura dikongsikan kepada umum, si kecil bernama Nur Fatima Aisya ini pastinya menjadi perhatian. Fatima kini sudah genap 2 tahun usianya baru-baru ini.
Kanak-kanak yang petah dan banyak akal, Fatima menjadi kesayangan ramai peminat. Meninjau akaun Instagram Lovelyfatima, telah dikongsikan satu video yang diulangsiar dari akaun Tik T0k milik Fazura.
Video ini memaparkan gelagat Fatima ketika diajar bercakap dalam bahasa Thailand. Perkataan pengenalan ‘ Khob khun kha ‘ antara yang paling mudah untuk dipelajari. Fatima mengikut sebutan perkataan ini dengan baik sekali.
Dengan kedua-dua belah tangan dirapatkan sama seperti gaya orang Thailand, gelagat Fatima ini menghiburkan ramai. Kedengaran suara Fazura juga tertawa melihat telatah Fatima. Part last tu bukan main kuat lagi suara Fatima ye, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini hampir 900 tanda suka telahpun dicatatkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen peminat :
” Makin bijak dr hari ke hari. Semoga fatima membesar menjadi anak yg beriman, bijak, sihat, berjaya ilmu dunia & akh1rat.. “
” Fatima bukan saja makin bijak malah dia makin cantik….Subhanallah. Knp lain muka dia… Cantik sungguh anugerah dr Allah SWT ni.. “
” Eeeeiiii ger4m betoilah kt awok ni dah comei sgt2 lepas tu bijak pulok. makin besar makin cntik n cerdik Fatima.. Soft spoken cam mummy sgt.. “
” Pandai Nyanma ckp Thailand ye smart baby. Cantik bijak .. Petah bercakap, masuk pintu keluar tingkap hehe.. “
” Sawadeekaa.. ehhe dah macam anak Anna and the King, sanggul tinggi. Budak bijak ni.. “
” Fatima terang hati, apa sahaja yang diajar terus sebut dengan jelas. Semakin besar semakin cantik, bijaksanalah awak ni.. “
” Cerdik nyamma ni.. makin comey. Fatima nak jadi orang siam pulak dah hehe. comel je sebut khapp tu haha.. “
” Cerdik dan comel nyamma semoga family nyamma sentiasa sihat, dilindungi Allah SWT, sentiasa berjaya dunia akh1rat dan sentiasa bahagia.. “
Bijak sangat Fatima, baru belajar sekejap sudah boleh menyebut walaupun belum begitu betul sebutannya. Wah nampaknya Fatima bakal dibawa travel ke Bangkok nanti, seronoklah Fatima dapat berjalan jauh.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Lovelyfatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..