” Pak Aji baru balik solat subuh sambung tidur ke. Alala comel sungguh.. “

Dato’ Dr. Azril Radzi Kongsi Photoshoot Gambar Anak Keduanya, Ummar Mateen. Alahai, Comelnya. Hidung Mancung !!

Pengasas produk kosmetik dan kesihatan V’Asia iaitu Dato’ Dr. Azril bin Mohd Radzi baru-baru ini telah dikurniakan cahaya mata kedua merupakan seorang bayi lelaki. Bayi comel ini diberi nama Ummar Mateen dilahirkan pada 10 Disember 2019 seberat 3.52 kilogram.

Dato’ Azril telah berkahwin dengan finalis Nona Manis, Balqish Banu binti Mohd Hussni pada April 2016 sekaligus mendapat gelaran Datin. Mereka berkenalan ketika Dato’ Azril menghadiri program Nona Manis dan pada sejak itu mereka mula menyelami hati budi masing-masing.

Balqish terpaut pada sikap Dato’ Azril yang bertanggungjawab dan rendah diri di manaย  ciri-ciri Dato’ Azril ada pada lelaki idamannya. Pasangan ini mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Sarra Ayesha yang dilahirkan pada 13 Jun 2018.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Azril berkongsi gambar photoshoot anak keduanya, Ummar Mateen yang begitu comel sekali. Memakai songkok dan berkain pelekat menampakkan Ummar seperti Pak Haji sesudah mengaji. Alahai, comel sangat prop yang digunakan.

” Penat Pak Ajiย @ummarmateen ngaji sampai tertido kat hujung katill. Thank youย @lilnborn for the lovely photoshoot.. “

Rata-rata netizen memuji kecomelan Ummar Mateen. Antara komen-komen mereka :

” Cutenya.. Muka mak dia.. “

” MasyaAllah comelnya.. Cian ye dok hafaz begitu sampai terlena.. “

” Pak Aji oo Pak Aji kenapa hensem sgt ni.. Mcm muka pak dia mmg cam omputih masa kecik.. “

” Pak Aji baru blk solat subuh sambung tido ke… alala comel sgguh.. “

” Comel.. Moga menjadi anak yg soleh.. berbakti kepada org tua dan masyarakat.. amiin.. “

” Comelnya, nampak elok je, moga jadi ank solleh.. “

” MasyaAllah cutenya pak aji nih… “

Alahai, comelnya Ummar Mateen berposing begitu. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi, semestinya Ummar Mateen mewarisi kecantikan dan ketampanan ibubapanya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ummar Mateen membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Azril Radzi, Ummar Mateen by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaa logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..