” Orang dah kata ‘Halal’ ambik je lah semua kan.. “
Reaksi Anak Aaron Aziz Ketika Melihat Ayahnya ‘Tapau’ Makanan Di Madinah Menarik Perhatian Netizen. Sampai Terbel1ak Mata Si Anak. Kelakar !!
Pelakon kelahiran Singapura iaitu Datuk Aaron Aziz baru-baru ini telah membawa kesemua ahli keluarganya menunaikan umrah. Beliau bersama isteri dan juga anak-anak telah berangkat ke tanah suci pada 27 November yang lalu.
Ini bukan lah kali pertama beliau berkunjung ke sana. Sebelum ini beliau pernah membawa isteri, Datin Diyana Halik dan anak-anaknya pada tahun 2016. Aaron berasa teruja dan bersyukur kerana masih diberi kesempatan lagi menjadi tetamu Allah.
Aaron berkahwin dengan Diyana Halik pada tahun 2003 dan pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata bernama Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa. Sejak tahun 2012, beliau diiktiraf sebagai penduduk tetap Malaysia.
Menerusi akaun Instagram, Aaron berkongsi video ketika beliau berada di Muzium Madinah. Tidak dapat dipastikan suasana sebenarnya. Namun Aaron dilihat membungkus makanan yang diberikan sehinggakan reaksi anaknya menarik perhatian netizen.
Tonton video di bawah :
” Me : Orang dah kata ‘Halal’ ambik je lah semua kan.. ”
” Dahlia : OMG are you really my Dad? ”
” Adiel : Seri0usly ???? ”
” Hahaha thank you.. “
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Pelbagai komen yang diberikan. Antara komen-komen mereka :
” Hahahah dengan suka cita nya aarond Aziz ambil semua nya.. “
” Dah kata halal… bolehla … syukran.. “
” Mkn smpai hbs tau abg jgn baz1r… ehehehe.. “
” Orang kata rezeki jgn dit0lak.. “
” Apa tu… kurma salut coklat ke? Kalau saya pun buat mcm tu jugak, janji halal .. “
” Terbaik bang dari membazir tak habis mkn kat situ.. “
” Hahaha it’s nice to see celebrity post such ‘situation’ once in a while.. kudos .. “
” Alhamdulillah….. buang sifat pembaz1ran…. rezeki tu Datuk…. “
” Hahahahaha tapauuu la apalagi.. “
” Tergelak… hihihi… chumelnya tgok ank sebelah pndng tak berkelip.. “
” Terbeliak mata anak dara kat sebelah tuu… speechless nengok gelagat ayah dia.. “
Kelakar je tengok rekasi anak Aaron apabila melihat bapanya membungkus kesemuanya. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat menjalani ibadah umrah kepada Aaron Aziz dan keluarga. Semoga segala urusan di sana dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aaron Aziz by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..