” Ooo ni lah Umi yang Walid sayang sangat tu, manis orangnya.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Dan Kapsyen Sweet Tentang Tunangnya, Posting Ryan Bakery Terima Banyak Kata Usikan Daripada Warganet. Alahai Semoga Segalanya Dipermudahkan, Nampak Sama Padan !!

Kejayaan demi kejayaan serta perhatian yang diterima oleh Ryan Bakery ketika ini sememangnya satu rezeki buat pemuda berusia 27 tahun itu. Mana tidaknya, bermula dengan menghasilkan video-video menggamit kenangan masa lalu, nama Ryan terus menjadi sebutan kerana content yang disajikan menghiburkan ramai.

Antara karakter popularnya yang dilakonkan oleh Ryan sendiri sehingga menjadi keg1laan ramai dan tular ialah Mat Songkok dan budak bedak yang sering memberi jelingan m3ut serta video air ‘mellow’.  Terbaru, meninjau di akaun Instagram Ryan telah memuat naik satu gambar bersama tunangnya.

Menerusi kapsyen, Ryan telah menyatakan bahawa tunangnya itu selalu bersama menemaninya. Difahamkan gambar tersebut diambil ketika Ryan tampil membuat persembahan dalam rancangan Sepahtu Reunion baru-baru ini.

Perkongsian gambar Ryan itu telah menarik perhatian warganet dan menjadi perbualan di ruangan komen. Sehingga kini gambar Ryan bersama tunangnya telah mendapat ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik.

Ikuti perkongsian di bawah :

Di ruangan komen, rata-rata menyak4t Ryan dengan kata usikan dan memuji kecantikan tunang Ryan. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Ooo ni lah umi yang walid sayang sangat tu, manis orangnya, nampak sama padan. Semoga semuanya dipermudahkan.. “

”  Auuchhh, simple je word dia, tapi penuh makna. Tunang Ryan cantik sangat sampai saya pun heart eye.. “

” Hi Umii hahha, walid syg umi tau, mmmmmuah. Paling kelakar kalau ingat balik video tu, berdek4h aku ketawa.. “

” Alhamdulillah dapat yang setia. Dari orang biasa sampai dah jadi retis, teruslah setia menemani si Ryan tu. Cepat2 kahwin tau.. “

” Uit sweet Ryan, jarang nk tengok posting Ryan bersemut macam ni. Cantik betul umi yang walid sayang ni.. “

 ” Tetibe ingat time Wanchai baling kotak mcd bila dengar Ryan cakap fon dengan tunang, hahaha sweet sampai buat kiss pun munc0ng2 mulut.. “

” Nanti ada la tu dua fans club, satu fans walid satu lagi fans umi, hahahha. Ad0i teringat pula ayat ‘walid sayang umi sangat’.. “

Rupanya ini lah salah seorang tunggak kejayaan Ryan, manis betul orangnya. Apa-apa pun, semoga urusan Ryan untuk mendirikan rumah tangga nanti akan dipermudahkan dan moga Ryan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ryanbakery

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..