” OMG.. So handsome !! Dah macam Korean.. “

Zizie Izette Kongsi Gambar Gaya Rambut Terbaru Anak Kembarnya, Aadam Dan Aaleph Membuatkan Netizen Cair. Perghhh, Kacak Gil4 !!

Pasangan kembar yang bernama Aadam Zec Izette dan Aaleph Zeke Izette sentiasa mencur1 perhatian netizen. Kecomelan anak pasangan kembar Zizie Izette tidak dapat dinafikan lagi. Selain daripada rupa yang comel, pasangan kembar ini juga sangat bijak.

Zizie selalu berkongsi gambar dan video keletah anak-anaknya di media sosial. Beliau juga turut membuka satu akaun Instagram untuk anak kembarnya ini dan juga anak perempuan bongsunya, Aalisa Belle Izette. Zizie juga mempunyai dua orang anak angkat bernama Naila Nurjenna dan Aaric Zayn.

Walaupun Zizie mempunyai anak angkat dan juga anak kandung, namun Zizie tidak pernah membezakan kasih sayang mereka. Ini dapat dilihat melalui akaun media sosial Zizie yang selalu memuatnaik telatah kelima-lima anaknya. Zizie juga merupakan seorang ibu yang sangat penyayang.

Menerusi akaun Instagram, Zizie berkongsi gambar-gambar gaya rambut terbaharu anak kembarnya ini. Dahulunya, Aadam dan Aaleph mempunyai rambut kerinting yang dibiarkan panjang, namun kini rambut mereka berdua dipotong pendek. Penampilan si kembar ini bertambah kacak dengan rambut baru.

” Aadam Aaleph @zac_zeke with their 2020 hairstyle! . I personally LoVE it!!! How about you? .” 

Rata-rata netizen memuji gaya rambut terbaru si kembar ini. Antara komen-komen mereka :

” Omg…. so handsome.. dah mcm korean .. “

” Awwww both handsomenya.. “

” Wahhhh hensem boy ohhh.. “

” Masih lagi cute biar pn pendek rambut .. “

” Love it to.. handsome.. “

” Allahu . manihhnyaa mukaa . segakkk .. “

Lagi gambar-gambar si kembar yang dikongsikan :

Wah, sememangnya Aadam dan Aaleph nampak segak dan bergaya dengan rambut baru ini. Dahulunya comel dan kininya handsome. Semoga Aadam dan Aaleph membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizie Izette by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..