” Bersahut sahutan, comel.. “

Shaheizy Sam Kongsikan Reaksi Anaknya Sheriv Samheizy Dan Sarima Samheizy Kali Pertama Duduk Di Dalam Carseat. Tidak Sangka Ini Jadinya !!

Siapa tidak kenal watak Inspektor Khai dalam filem Polis Evo ini. Shaheizy Sam bukanlah nama asing lagi di dalam arena seni hiburan. Telahpun menceburkan diri sejak dari zaman era 1990-an lagi, namanya sering menhiasi drama TV dan filem-filem hebat.

Shaheizy Sam telahpun berkahwin dengan aktress cantik, Syatilla Melvin. Hasil ikatan ini, mereka dikurniakan 2 orang anak bernama Sheriv Samheizy dan Sarima Samheizy. Populariti pasangan pelakon ini memberi temp1as kepada anak-anaknya ini.

Sheriv dan Sarima mempunyai akaun sosial tersendiri dimana berpuluh ribu peminat mengikutinya di Instagram. Banyak aksi lucu dan video rakaman kedua adik beradik ini dirakamkan dan dikongsikan di Instagram untuk tontonan peminat.

Menerusi akaun Instagram, Shaheizy Sam telah berkongsi gelagat kedua-dua anaknya Sheriv Samheizy dan Sarima Samheizy yang mengam0k dan menangis tanpa henti kerana dip4ksa untuk duduk di child seat. Dua beradik ini seakan-akan berduet menangis bersama-sama.

Jom tonton video di bawah :

” Bila dua-dua tak nak duduk child seat.. Paksakan aje.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat telatah dua beradik ini. Antara komen-komen netizen :

” Yang adik pun ikut je abang nangisssss . comellllll ahahahahahhahaha.. “

” Macam berduet pulak nangisnye hahahaha.. “

” Sorang nangis lain ikut nangis sekali.. “

” Mima dalam hati “okay kita buat buat nangis”.. “

” Adik ikut abang nangis.. “

” Yang kecik tu saje ikut abangnya nangis.. “

” Sorang dah nak okay tapi bila dengar sebelah masih menangis dia pun sambung lagi.. “

” Bersahut sahutan… Comel.. “

Dugaan betul nak membiasakan anak-anak dengan carseat ini. Maklum sahaja budak-budak merasa tidak bebas bila perlu duduk statik begitu. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat berusaha buat Shaheizy Sam dan moga Sheriv dan Mima dapat membiasakan diri dengan cepat dan bebas dari drama airmata.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shaheizy Sam by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..