” Ok tak kalau saya berjodoh dengan Michael Ang ? “
Video Dato’ Seri Vida Makan Bersama-Sama ‘Kekanda’ Micheal Ang. Part Paling Kelakar, Bila J0doh Dato’ Vida Tak Direstui Oleh Cik B. Alamak.. Anak Dah Friend Zone.. Haha !!
Dato’ Seri Dr. Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai DSV (Singkatan daripada Dato Seri Vida) merupakan seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. Beliau yang berasal dari Kelantan dilahirkan pada 24 Oktober 1971 yang kini berusia 49 tahun.
Menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk’ Seri yang telah dianugerahkan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang merupakan Yang Dipertuan Agong Malaysia kini pada 25 Oktober 2014.
Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik. Berkelulusan dalam Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah Cina selama 12 tahun di Ipoh Perak. Dato Vida juga mahir dalam berkomunikasi dalam bahasa Mandarin.
Dato Seri Vida mempunyai dua orang anak iaitu, Nur Edlynn Zamileen, 15, dan Muhammad Eric Zacquan, 13 hasil perkahwinan terdahulu. Beliau juga pernah kehilangan dua orang anak yang terk0rban akibat kebak4ran di rumahnya pada tahun 2013.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun instagram, Dato’ Vida telah berkongsi satu video di mana beliau bersama anak-anaknya, Cik B dan Kacak telah bertemu Micheal Ang. Video yang merakamkan mereka bersama-sama menikmati makan malam, Dato’ Vida sempat bertanyakan adakah beliau sesuai berjodoh dengan Micheal Ang.
Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :
” Tengok kita dengan siapa. kita datang di set shooting Pengarah tervazz masa kini. kekanda @michaelang38 . agak2 apa saya buat kat sini? cer teka .. Siapa nak tengok saya berjodoh dengan michael ? awal awal CikB dah warn1ng .. #dramachandelier #quputehisback.. “
Rata-rata netizen terhibur dengan video itu lebih-lebih lagi dengan melihat gelagat Cik B yang tidak restu akan Dato’ Vida berjodoh bersama Michael Ang. Antara komen-komen tersebut :
” Serasi.. on.. Hahaha.. “
” Ok je mcm sesuai.. Hehe.. “
” Onz dgn michael ong.. Sesuai bangat.. “
” Hahaha, cik B comella.. “
” Cik B.. Cik B.. jujur die… Haaa dgr tu mama Cik B tk ok.. “
” Klu dh jodoh tak slh kan Dato.. “
” Perempuan tak tanggung lelaki, lelaki tanggung perempuan, savage Cik B ! .. “
” Anok wk friendzone.. “
Woww !! Nampak serasi dan sepadan tengok Dato’ Vida dan Michael Ang. Kalau berjodoh pun apa salahnya, tapi Dato’ Vida kena pujuk Cik B lah. Hehehe.. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Dato’ Vida dan Michael Ang sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Dato’ Seri Vida, Michael Ang, Cik B by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..