” Alololo kenapa abang sweet sangat ? Pandai la dia jaga adik.. “

Memey Suhaiza Kongsi Video Percutian Pendek Keluarganya Gara-Gara Iklan Trivag0, Namun Gelagat Anaknya Muhammad Darwisz Hakim Buat Peminat Kagum. Sweet Brother Lah Awish !!!

Siapa tidak kenal pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Mereka bukanlah nama baru di dalam arena hiburan. Tidak hanya aktif dalam lakonan, pasangan ini juga aktif di bidang pengacaraan dan perniagaan. Memey merupakan duta bagi produk Ephyra manakala Norman pula menjadi pengacara rancangan Mingguan Wanita.

Melangsungkan perkahwinan pada tahun 2011, pasangan romantis ini dikurniakan 3 orang cahayamata. Permata hati ini dinamakan Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim. Uniknya nama anak-anak ini pasti disetiap hujungnya diletakkan nama Hakim yang bermaksud bijaksana.

Keluarga kecil ini sering menjadi perhatian peminat kerana keharmonian dan keceriaan mereka sekeluarga. Sikap Memey yang penyayang terhadap anak-anaknya membuatkan peminat kagum. Gaya Memey yang penuh kelembutan saat berbicara mempengaruhi perkembangan anak-anaknya ini.

Menerusi akaun Instagram, Memey Suhaiza telah berkongsikan video yang memaparkan telatah anak-anaknya yang kegembiraan dapat bercuti dan bermain kolam air. Walaupun hanya dalam bandaraya, sudah cukup membuat anak-anak ini gembira. Namun gelagat si sulung Darwisz menjaga adiknya Kayla menjadi perhatian.

Jom tonton video di bawah :

” Rasa-rasa siapa paling excited?.. ”

” Melayan Budak kecik yang sibuk nak trivago ni.. Dalam minggu ni hari-hari ditanya mummy bila nak pergi trivago.. Nampak dia orang happy sangat.. ”

” Itu dah cukup buat mummy pun happy sangat-sangat… Ok sambung esok ok.. Dia orang dah lama zzzz.. Kepenatan berendam lama tadi… Jumpa esok., mudah-mudahan inshaAllah… “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Comelnya abang pandai jaga adikk.. “

” Alololo kenapa abang sweet sangat?? Pandai la dia jaga adik.. “

” Suka tengok abang tu. Pandai jaga adik.. “

” Kecik-kecik dah tunjuk aura abang-abang penyayang… Jaga je adik kecik dia.. “

” Kenapa la comel sangat si adik tu.. Abang rajin sangat jaga adik.. Semua anak memey sebaya anak saya.. Bila tengok dia orang, teringat anak saya.. Setiap bulan ajak nak trivago.. Semua hotel panggil trivago.. Hahaha…. “

” Baiknya abang awish.. Alhamdulillah.. “

” Sukanya tengok abang first tu layan adik perempuan dia. Sayang sungguh abang kat adik dia ye.. “

” Awish sangat protective! Boleh nampak dia jaga Kayla betul-betul.. “

Sukanya melihat kasih sayang antara adik beradik ini. Darwisz memang memiliki ciri-ciri abang penyayang yang terserlah. Comel je cara dia dukung adiknya. Sebijik macam ayahnya Norman. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Memey sekeluarga sentiasa berbahagia dan dilindungi Allah selalu hendaknya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Memey Suhaiza by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..