” Ok janji !! Last ok papa.. I sayang you tauuu.. “
Kapsyen Ozlynn Undang Tanda Tanya Peminat. Sweet Semacam Ni Ada Berita Gembira Ke Tu. Suspen Ni !!
Siapa tidak kenal keluarga Hanania. Keluarga yang penuh keceriaan dan gelak ketawa pastinya milik pelawak Johan dan Ozlynn Wati. Kedua-duanya walaupun tegas namun jenaka mereka sentiasa menghiburkan hati bukan sahaja anak-anak malahan peminat juga.
Rumahtangga pasangan ini telahpun dikurniakan lima orang cahayamata. Uniknya di setiap akhir hujung nama anak-anak mereka pastinya diletakkan nama Hanania. Cahayamata yang diberi nama Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania.
Telatah mereka sekeluarga sering dikongsikan di laman sosial di mana sehingga kini Instagram bernama jozlynnhanania mempunyai seramai 4.3 juta pengikut. Peminat sememangnya teruja dan mengikuti rapat perkembangan keluarga bahagia yang memberi inspirasi pada pasangan lain ini.
Menerusi akaun Instagram, Ozylnn telah berkongsikan sekeping gambarnya bersama suaminya Johan. Namun yang menarik perhatian peminat adalah kapsyen Ozlynn yang penuh bersemut itu. Alahai korang ni macam baru-baru bercinta sweet selalu. Salute betul !
Jom baca kapsyen di bawah :
” Orang pertama yang dapat k1ss sebelum anak-anak…. Dia cakap dia rindu kita banyak-banyak.. Kita tak caya.. Tapi bila dia bawak kita pergi pasar malam dan belikan makanan favourite kita putu mayam.. Popia basah.. Buah kundang ok cukup !! Kita dah bahagia.. Kita tau dia sayang dan rindu kita.. “
” Ok jap eh… Dia baru lepas siku kita.. Dia cakap “ you sengeh-sengeh dengan sape?? Handphone penting ke i penting?? … Guys !! For sure aku habaq dia lagi penting.. Sambil tangan aku laju dok menaip.. Post dulu sat.. Pastu siap dia kita lipat.. Ok janji!! Last ok papa.. I sayang you tauuu.. Tauuuuu… Tauuuuuu ( gaya Moleiq ) @thejozheart @thejozheartsg.. “
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :
” Baby 2020 is coming love you kakak abang!.. “
” Sweeettt.. Kite pon sayang abang akak tau tau taauuuu.. “
” Awat rasa macam moleiq nak dapat adik lagi nie?.. “
” Molieq dapat adik tak lame lagi… “
” Awwwww. Romantika De Amour sangat niii.. “
” Ahhh cuteee husband wife ni.. “
” Moleiq awak bukan yang terakhir yew… Standby nak jadi kakak hehehe.. “
Apa benar bagai di kata bakal baby hot 2020 bakal ada di dalam family Hanania. Andai betul semakin meriahlah keluarga bahagia ini. Peminat pun teruja kalau ada baby baru lagi. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan segalanya yang terbaik buat Johan sekeluarga. Moga segalanya dipermudahkan. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Jozlynnhanania by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..