” Oh macam tu sleep dia. Senangnya suruh Alisa tidur.. ” – Netizen
Video Gelagat Mencuit Hati Alisa Aisyah Ketika Disuruh Tidur Oleh Ibunya, Hanis Zalikha. Pandai Sungguh Alisa Ni Bergurau Dengan Mommy. Sebut ‘Okay’ Tu Comel Sangat !!
Menjadi kanak-kanak popular, segala tentang Alisa Aisyah sentiasa menjadi tumpuan peminat. Perkongsian video dan gambar Alisa sama ada di Instagram miliknya mahupun Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sentiasa dinanti-nantikan peminat.
Anak kecil ini sehingga kini sudah ada 1.1 juta orang pengikut di akaun Instagram miliknya. Mewarisi wajah ayahnya Hairul, si kecil ini seorang anak yang lincah dan suka ketawa. Ada sahaja gelagatnya yang menghiburkan hati. Suka menyakat Hanis dengan perkataan ‘Tada’ sehinggakan Hanis menggelarkan Alisa sebagai ‘Si Tada’.
Wajah comel Alisa tak ubah seperti abangnya Yusuf Iskandar ketika kecil. Yusuf juga menjaga Alisa dengan baik dan sangat protective orangnya. Setiap gerak geri Yusuf pasti jadi ikutan Alisa. Dah namapun adik beradik, pasti abang akan jadi contoh buat si adik.
Meninjau akaun Instagram Hanis Zalikha, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Alisa sebelum tidur. Alisa yang sedang terbaring di atas katil di suruh Hanis supaya tidur sempat lagi mengagah mommynya itu. Alahai comel betul Alisa gelak.
Jom tonton video di bawah :
Gaya Alisa menjawab dan bergurau dengan Hanis ini menarik perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :
” Alisa ni kelakarla, dia pulak agah kita. Chee,ky girl.. “
” Bijak nya diaaa dah lah cute ishh. She’s so adorable! Okay.. “
” Aateyyyy, eeeee gewammm lah aunty ngan Alisa ni tau.. “
” Senangnya suruh alisa tido. Good girl nye.. “
” Ya Allah senang nya suruh dia tidur. Anak solehah ni. Ee ger4mnya.. “
” Sebut ‘okay’ laz skli tu, terus g kt katil sndri n baring… soo cute n clever girl laa.. “
” Ohh macamtu sleep dia. Comel bijak cantik alisa.. “
Alahai melting betul la dengan gelagat Alisa ni. Dah pandai jawab okay, dah faham semua arahan mommy. Muka agah Hanis sambil ketawa tu ger4m betul tengok. Apa pun, semoga Alisa membesar menjadi anak yang mendengar kata dan sopan santun seperti abang Yusuf. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hanis Zalikha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..