” No matter if you don’t have money. I still love you so so much… “
Video Ucapan Keisha Laila Sempena Hari Lahir Ibunya, Nabila Huda Menyentuh Hati Ramai Netizen. Such A Sweet Moment !!
Siapa tidak kenal anak kepada penyanyi legenda rock terkenal Amy Search iaitu Nabila Huda binti Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Abil. Seperti ayahnya, Abil juga turut melibatkan diri dalam dunia seni sebagai seorang pelakon dan pengacara.
Beliau mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis dalam lakonannya. Abil memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2001. Antara filem yang dibintangi beliau ialah Rock (2005), Akhirat (2008), B0hsia : Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pis4u Cuk0r (2009), Duhai Si Pari-pari (2009), B0hsia 2: Jalan Kembali (2012) dan Gamat1sme.
Abil pernah berkahwin sebanyak dua kali. Beliau berkahwin dengan Zaidi Zailani pada tahun 2008 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Keisha Laila. Pasangan ini memfailkan percer4ian pada tahun 2011. Pada 25 Disember 2015, Abil telah sah bergelar isteri sekali lagi kepada Mohd Izwan Johar seorang tauke kafe hipster.
Menerusi akaun Instagram, Abil berkongsi video ucapan hari lahir daripada anaknya, Keisha sempena hari lahirnya semalam iaitu pada 2 Disember. Abil telah menyambut hari lahirnya yang ke 35 tahun. Mari kita dengar ucapan Keisha yang begitu menyentuh hati.
Tonton video di bawah :
” Sweetness overload. Aunty niesa boleh tak focus ? mulut Nak bercakap je lah.. Ssshhh!!! “
Rata-rata peminat berasa terharu dengan ucapan hari lahir Keisha kepada ibunya. Antara komen-komen mereka :
” Mcm ayat kite ngn anak2… janji eh sus4h senang kite same2.. “
” Ohhh.. so sweet la mommy & keisha “
” Alahai sweet sgt. ank awk ni sgt baik .. sgt penyanyang… bestnya. nak mcm ni gak ngn ank2.. “
” She look like you ! Nabila junior.. “
” Happy Birthday @kupu_kupu !!!!!!! Have a good one , Love Ya ! “
” Happy blessed birthday darlinggg!!!! “
” Slmat ari jdi smoga pjang umo n sehat sllu @kupu-kupu!!! “
” Happy birthday idola.. Semoga sehat2 selalu Dan bhagia dgn org2 trsyg “
Alahai, sweet sangat ucapan Keisha kepada ibunya. Kami di Berita Kopak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Nabila Huda yang ke 35 tahun. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta berbahagia di samping keluarga tercinta.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nabila Huda by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..