” Ni semua Jep Sepahtu punya pasal, dia yang start dulu. Haha.. ” – Netizen

Video Erra Fazira Menyuap Hefny Dan Falyq Ketika Misi Sinar Mencari Bubur Raih Perhatian. Wah Sweet Sangat Dengan Hefny Tu. Dah Macam Makan Beradab Pengantin Pulak. Ingat Jep Sorang Je Ke Dapat Suap, Hehe !!

Gara-gara babak Erra Fazira menyuap Jep Sepahtu makan bubur di Sepahtu Reunion Live 2022 Roadtour minggu lalu, sehingga kini hal ini masih menjadi usikan ramai. Semalam, stesen Sinar FM mengadakan Misi Sinar Mencari Bubur.

Disertai oleh Siti Elizad, Roy Azman, Hefny dan Falyq, misi ini turut diserikan dengan kehadiran primadona, Erra Fazira. Ke semuanya membawa motor berkuasa besar masing-masing menuju ke lokasi yang telah ditetapkan.

Riuh rendah dengan gelak ketawa ke semua penyampai dan Erra. Erra juga pernah bertugas sebagai DJ sambilan sebelum ini di Sinar membuatkan semuanya tidak kekok keluar bersama. Part yang dinanti-nantikan, acara suap menyuap dilakukan secara live di Tik T0k Sinar.

Erra cukup sporting melayani permintaan kawan-kawannya ini. Pada awalnya Erra menyuap Falyq dan Falyq sempat menyebut ‘ Jep ingat kau seorang je dapat ‘ sambil tersenyum-senyum. Part Erra suap menyuap dengan Hefny paling come, dah macam pengantin, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Gamat betul live Tik T0k Sinar semalam sehingga 1 juta tontonan lagi berjaya direkodkan. Antara komen-komen warganet :

” Hahahha ni semua penangan Jep, semua jeles tak tahan tengok Jep kena suap minggu lepas lah tu haha.. “

” Ehemm pewiit Hefny. weh tersenyum tengok dorang berdua ni. Semuanya berebut nak primadona suap haha.. “

” Haish Hefny ni, kena ni kang. Kenyang lah Hefny sampai tahun depan haha. Angkara Jep lah ni.. “

” Kenapa cute sangat dorang ni, dua-dua single hehe sepadan. Sama-sama single apo lai, masuk jarum la Hefny.. “

” Eceh eceh macam sepadan je hehe. Kenyang Hefny setahun gayanya ni haha. Ewahh ni baru betul, macam makan beradab hehe.. “

” Wah hefny dah praktis la haha. Ni semua Jep Sepahtu punya pasal, dia yang start dulu haha.. “

” Jep rasa tercabar tak haha. Nak bubur lagi tak tu. Kenyang setahun lah Hefny, haha makan beradab.. “

Ni semua angk4ra Jep, habis semua pun hendak merasa disuap oleh si primadona, hehe. Sweet sungguh Erra dengan Hefny sehinggakan peminat mengusik kerana kedua-duanya berstatus single. Apa-apa pun, ini hanyalah sebagai content untuk stesen radio sahaja.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sinar FM

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..