” Ni kalau ada adik lagi mesti pandai mengasuh kan, hehe.. ” – Netizen
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Kongsi Video Gelagat Anaknya, Sophea Emelia Sedang Bermain Anak Patung. Alahai Tunjuk Dekat Daddy Dah Pandai Jaga Baby Lah. Emelia Bagi Hint Nak Adik Baru Ke Tu, Hehe !!
Nama Datuk Dr Sheikh Muszaphar memang dikenali ramai. Dr Sheikh Muszaphar yang juga merupakan angkasawan pertama negara sangat aktif di media sosial. Sering berkongsi kehidupan bersama keluarga, ramai yang menyukai cara Dr Sheikh Muszaphar membesarkan anak-anaknya.
Malah bukan itu sahaja, anak-anak Dr Sheikh Muszaphar juga turut mempunyai peminat yang setia mengikuti perkembangan mereka. Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Dr Sheikh Muszaphar telah memuat naik satu video gelagat anak kecil iaitu Sophea Emelia.
Dalam video itu, kelihatan Emelia sedang bermain dengan anak patung yang sedang tidur di dalam stroller mainan. Tulis Dr Sheikh Muszpahar di kapsyen, sebelum ini anak-anak perempuannya, Bella dan Tasha tidak minat bermain anak patung, tidak seperti Emelia sekarang.
Malah Dr Sheikh Muszpahar menyifatkan Emelia mempunyai perwatakan yang lemah lembut. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet dan hingga kini telah menerima lebih 15 ribu tanda suka serta ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai gelagat comel Emelia, ramai yang menyakat yang Emelia seolah sedang memberikan hint ingin memiliki adik baru. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ni kalau ada adik lagi mesti pandai mengasuh kan, hehe. Doc, Emelia nak baby kot, hehehe dah boleh bagi adik lah kalau macam ni.. “
” Dia bagi hint dah ready utk ada adik tu doc hehe. Alahai lembut je tengok Emelia senyum sebiji mama dia.. “
” She’s genuinely looks so feminine doc, caring and loving sangat sebiji macam Dr Halina saya tengok.. “
” Tengok Emelia macam mini Dr Halina. Faham2 jelah Doc, Emelia nak geng tu main doll hehe, jangan mar4h yaa.. “
” Masya-Allah, comelnya Emelia, ger4m tengok tau. Moga Emelia membesar jadi orang yang berjaya dan beriman.. “
” Ni nak adik namanya, hehehe apa lg happy lah daddy yer, cepat minta kelulusan daripada Dr Halina doc, hahaha.. “
” Cutenya budak ni, seronok tengok gaya dia main, mesti tengah m4lu2 ni kan bila daddy nak rakam dia main dolls.. “
Amboi Emelia dah pandai mengasuh baby yer, comel lah. Sebelum ini ada video gelagat Emelia yang sudah boleh menyebut beberapa perkataan dan kedengarannya begitu comel. Apa-apa pun semoga Emelia terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solehah buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG drsheikhmuszaphar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..