” Ni hands0me boy Ku Ayden, mata sepet tu tarikan betul.. ” – Netizen
Nisha Dirr Kongsi Gambar Anaknya, Tengku Ayden Alauddin Buat Pertama Kalinya Untuk Tatapan Peminat. Comel Sangat Dengan Mata Sepet Tu !!
Nik Shahri’ah Nik Dir atau lebih dikenali dengan nama komersilnya, Nisha Dirr umum diketahui telahpun mendirikan rumahtangga dengan seorang ahli perniagaan bernama Tengku Kamirul Rashid Tengku Mohd Kamil.
Pasangan ini baru sahaja dikurniakan cahayamata pertama mereka pada Ogos yang lalu. Menamakan bayi lelaki mereka sebagai Tengku Ayden Alauddin, si kecil ini telahpun lebih sebulan usianya.
Meninjau akaun Instagram Nisha Dirr, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Ku Ayden. Ini adalah kali pertama Nisha menayangkan wajah anak sulungnya ini kepada umum. Ketika kelahiran Ku Ayden, hanya gambar kaki si kecil sahaja yang ditunjukkan.
Dengan kapsyen yang tertulis ‘Assalamualaikum dan salam sejahtera semua’ , dapat diperhatikan Ku Ayden memiliki wajah yang cerah dan mata yang sedikit sepet. Ramai peminat yang mengatakan Ku Ayden mewarisi mata Nisha.
Jom baca perkongsian di bawah :
Rata-rata peminat teruja apabila melihat wajah Ku Ayden ini. Wajah comelnya buat ramai peminat ger4m melihatnya dan antara komen-komen mereka :
” Waalaikumsalam Ayden sayang. Can;t wait to see you sayang, ger4m. Comelnya lah Ku Ayden, priceless.. “
” Hi Ayden, comel ger4m tengok. Why so serious hehe, baru bangun tidur la tu. Nanti nak tengok muka smile pulak. Tahniah Nisha sayang.. “
” Wsalam hye Ayden, comelnya awak ni. Mata sepet tapi anak mata hitam bulat penuh mata ye. B4mbam pulak tu.. “
” Hello Ayden hands0me dan comel. Ada muka ikut Nisha sikit, lagi-lagi tang mata tu. Tahniah Nisha dan husband.. “
” Masya Allah indah ciptaan Allah swt. Semoga Ayden menjadi anak yang soleh ya sayang untuk mommy dan daddy. Aamin.. “
” Wow. Congratulations nisha, comelnya baby Ayden ni. Mata ikut mata mama dia lah. Muka macam daddy hehe. Semoga Ayden jadi anak lelaki yang soleh.. “
” Ni hands0me boy Ku Ayden, mata sepet tu tarikan betul. Comel sangat dia, dah lama tunggu nak tengok muka ku ayden tau.. “
Setelah lebih sebulan menanti, Nisha ‘payung’ juga wajah si kecilnya ini. Comel macam daddy dan mommynya. Apa pun, semoga Ku Ayden membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan penyejuk hati mommy dan daddy selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nisha Dirr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..