” Ni baru hero sebenar.. “

Syatilla Melvin Bongkarkan Sikap Sebenar Shaheizy Sam Untuk Jayakan Watak Dalam Polis Evo 3 . Ya Allah.. Apa Dah Jadi Sam !!

Pelakon berbakat besar Shaheizy Sam tidak perlu diperkenalkan lagi. Namanya sudah cukup gah dan tersohor di dalam dunia layar perak Malaysia. Lakonan yang mantap dan penuh penghayatan sememangnya sinonim dengan pelakon ini.

Nama Shaheizy Sam kembali bersinar dan meniti di bibir peminat apabila filem lakonannya bergandingan bersama pelawak Zizan Razak, Polis Evo mendapat kutipan pec4h panggung sepanjang tayangannya. Filem kepolisian ini sememangnya menguji ketangkasan dan ketahanan badan pelakon-pelakonnya.

Setelah kejayaan filem Polis Evo, sekuel keduanya Polis Evo 2 juga mendapat kutipan yang tinggi di pawagam. Pada September 2019, telah diumumkan bahawa sekuel ketiga Polis Evo 3 akan memulakan penggambarannya dan watak Shaheizy Sam masih dikekalkan sebagai watak utama.

Menerusi akaun Instagram , Syatilla Melvin telah berkongsikan satu video di mana kelihatan suaminya, aktor Shaheizy Sam sedang berjemur di tengah pan4s untuk menggelapkan badannya bagi memenuhi tuntutan watak di dalam filem Polis Evo 3. Ya Allah, punya panas cuaca boleh Shaheizy Sam selamba baring macam tu.

Jom tonton video di bawah :

” No wonder lah dia menang semua award dalam filem2 dia.. Dia baring dekat laman rumah utk tanned kan kulit demi POLIS EVO 3, komited yang tak boleh bincang laki aku ni.. “

” Semoga industri kita terus maju insyaallah #nibarulahanakseni @shaheizy_sam.. “

Rata-rata netizen memuji kesungguhan aktor hebat ini. Antara komen-komen netizen :

” Makkk aihhh. Terbak4r laaaa.. “

” Ya ampun gigih.. “

” Ni baru hero sebenar.. “

” Tu dia… Baguiihh betul.. “

” Ya Allah, peng0rbanan hebat punya.. Tak sabar tunggu polis 3 macam gini.. “

” Hahahaha terbaik hero malaya.. “

” Hahahahahah ya Allah struggles is real.. “

” Serius la demi polis evo.. Memang layak dapat anugerah.. “

” Hat ceta Pinjamkan Hatiku pulak dia jadi kuruih kering… Lagu ni baru btoi pelakon baq hampaaa.. “

Siapa sangka untuk nampak watak yang dipertanggungjawabkan menuntut banyak pengorbanan. Shaheizy sememangnya gigih dan tidak pernah menghampakan walau apa jua watak yang digalas. Beruntung pengarah dan penerbit yang memilih pelakon yang ada attitude seperti Shaheizy Sam ini.

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Shaheizy Sam. Peng0rbanan yang dilaburkan insyaAllah pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal. Setiap usaha pasti ada hasilnya. Insya Allah..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syatilla Melvin, IG Shaheizy Sam by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..